21 minggu kali kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah walhamdulillah walaailaha illah wallahu akbar wala hawla wala quwwata illa billahil `aliyyil `azhim

Kali terakhir blog ni saya sentuh ketika sedang dalam pantang selepas melahirkan Abdul Basit. Belum sempat pantang berakhir, saya dan rakan-rakan seangkatan dipanggil untuk melaporkan diri sebagai guru interim di waktu hujung tahun kian hampir.

Perasaan saya ketika itu sangat berbelah bahagi sama ada tolak panggilan dan boleh fokus kepada bayi atau pun terima tetapi Abdul Basit terpaksa ditinggalkan. Atas nasihat zauji, ummi dan insan2 berjasa yang lain saya terima dengan hati yang bagai ditindih batu besar. Hari pertama berjauhan dengan Abdul Basit susu tumpah mengeras di tudung, bengkak. Dan bermula juga episod saya memandu sendiri Rawang – Shah Alam disebabkan zauji yang bekerja di Banting tidak dapat membantu menghantar. Alhamdulillah guru besar sangat prihatin, saya diberi izin tidak perlu menaiki tangga ke kelas, bahkan murid2 yang perlu bertemu saya di kelas bawah. Dan lagi yang best, cuti bersalin saya masih belum luak kerana bersalin sebelum posting.

Kini sedang berbadan dua anak kedua. Situasi berbeza dengan sebelum ni yang mana mengandung ketika sedang menghadapi praktikum, zauji pula tidak tinggal bersama, banyak perkara saya laluinya sendiri..berdikari. Alhamdulillah sekarang kami sudah tinggal bersama. Zauji berkorban dengan berhenti dari sekolah lama dan mendaftar menjadi pelatih jQAF. M..kira beliau junior saya la..dh la belajar di maktab yang sama dengan saya dulu..(tapi beliau tak nak mengaku..ho2). Sekolah beliau sekarang tidaklah sedekat saya, perlu juga meredah perjalanan selama 45 minit dengan motor, tapi tidaklah sejauh sekolah lama beliau. Sekolah saya tak sampai 10 minit pun. Jazakallah ya zauji sebab beralah…=)

Mengandung dulu tangan kebas sampai bersalin tapi x ingat mulanya masa minggu ke berapa. Kali ni tangan kebas kalo tidur mengiring ke kiri. Nak hilangkan rasa kebas ni makan masa sejam gak..pun xdelah rasa bebas kebas sepenuhnya.

Setakat ni saya masih belum mula makan ubat2 klinik yang 4 jenis tu (vit c, vit b, ferrous fumarate dan folic acid)..banyak. Dulu obimin je..pun mula makan lepas saya disahkan hb rendah masa bulan kelima lebih kurang..x ingat dah. Ingat kalau boleh nak makan yang asli dulu cam kurma, kismis, badam, sayur2 hijau, susu kambing dan pape lagi yang sesuai. Buat masa ni hb saya masih cantik. Buku pink dulu dah hilang..ntah letak celah mana..asyik pindah rumah je sebelum ni.

Abdul Basit sudah 1 tahun 4 bulan. Dah boleh macam2 juga. Moga jadi anak soleh yang bertaqwa kepada Allah, cerdik, pintar, cergas dan bermanfaat. Moga jadi abang yang penyayang ye sayang..

2014-02-15 20.16.23

2014-02-15 09.37.05

2014-02-15 09.40.382014-02-14 07.52.22

::34 minggu::

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Kesyukuran tidak terhingga saya rasakan pagi ini atas bermacam-macam perkara antaranya DIA masih lagi memberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan puasa pada hari ini penghulu segala hari, yaumul Jumu`ah 21 Ramadhan 1433 bersamaan dengan 10 Ogos 2012 (ketika post ini ditulis).

Semalam temujanji seperti biasa untuk cek perut dan bayi di dalamnya. Sama seperti sebelum ni, tahap hemoglobin saya masih rendah namun tetap ada peningkatan. Tempoh hari Cuma 9.1 tetapi semalam menokok menjadi 9.6, Alhamdulillah menaik juga. Jururawat yang membuat pemeriksaan ke atas saya tidak bising seperti jururawat lain yang saya temui sebelum-sebelum ni. Dia komen, eh ramai pulak yang darahnya rendah bulan puasa ni tapi tak de masalah pape, takkan mesin rosak kot. Saya dengar jururawat ni berbual dengan temannya di hadapan saya. Tersengih…heh.

Perut saya yang sudah minggu 34 kelihatan tidak terlalu besar. Saya suka cuma doa dan harap anak saya normal beratnya, biarlah tidak terlalu besar. Dari awal kehamilan memang tidak amalkan minum susu sebarangan, Cuma minum susu kambing hi goat. Selain tu, saya tidak makan vitamin obimin yang klinik bekalkan sebab kurang yakin dengan isi kandungannya. Tetapi saya gantikan dengan spirulina gamat emas yang lengkap dengan semua vitamin atas nasihat ummi. Namun masalah tiba-tiba timbul semasa minggu ke 30 memaksa saya makan obimin ditambah dengan tablet zat besi untuk pekatkan darah. Walau bagaimana pun saya tidak rasa puncanya datang dari tidak makan obimin tetapi mungkin tabiat pemakanan yang saya amalkan ketika berada di rumah ini. Sebelum ni semasa menetap sendiri di Rawang, menu makanan ikut kehendak dan citarasa sendiri, terkawallah sedikit. Sekarang ni tinggal di rumah ummi abah kenalah ikut apa sahaja yang mereka makan. Takkan nak cerewet pulak..

Tarikh untuk temujanji akan datang 23 Ogos ni masa seminggu cuti raya. Tidak tahu lagi di mana saya ketika itu, mungkin di kampung atau sakan beraya di rumah saudara mara.

Walau apa pun masalah yang timbul sekarang, doa saya agar ia tidak melarat menjadi mudarat. Setakat ni puasa saya penuh, Alhamdulillah. Ada seorang kawan jumpa di klinik sama minggu dengan saya, puasanya berselang hari, tidak mampu setiap hari sebab mengah memandu pergi balik kerja. Bersyukur sangat bila bandingkan dengan dia. Kita selalu rasa susah tetapi sebenarnya ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Oleh itu bersyukur dan bersabarlah…

 

Shah Alam

7:35am

::32 minggu::

بسم الله الرحمن الرحيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Baru pulang dari klinik untuk cek perut. Keputusannya Alhamdulillah agak menyenangkan berbanding 2 minggu lepas. Hemoglobin menokok 0.1, meskipun sangat sedikit tapi ia tetap bertambah. Tiada gula dalam air kencing sungguh menggembirakan. Minggu lepas sangat risau kalau kena minum air gula bulan puasa ni.

Walaubagaimanapun, paras hemoglobin yang rendah menyebabkan beberapa tindakan susulan perlu diambil. Minggu depan 2/8/12 (Khamis) datang klinik untuk ambil darah, jam 730 pagi. Esoknya 3/8/12 (Jumaat) datang lagi untuk scanning pula. Minggu depan lagi 9/8/12 (Khamis) temujanji untuk cek perut cam biasa. Bekalan vitamin ditambah dengan 2 kotak new Obimin dan 2 kotak Ferrous (iron tablets). Perlu dimakan 2x sehari, sebaiknya sejam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Dulu saya selalu berharap berlaku sesuatu yang luar biasa ketika melalui apa-apa yang biasa. Contohnya, berlaku apa-apa ketika dalam perjalanan. Bukan mengharapkan yang tidak elok tetapi sesuatu yang mengurangkan kebosanan. Jadinya, sudah beberapa kali saya tersangkut di tengah2 lebuhraya kerana berlaku sedikit kejadian di luar kebiasaan yang saya jangka. Antaranya, tayar pecah dan meter tiba2 menjunam turun ketika sedang asyik memecut. Dan untuk kali ini, keluar biasaan pula berlaku bila mana bacaan darah saya bermasalah. Perkara2 seperti memberi saya pengalaman baru yang menguja namun menakutkan.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang telah disusun dan dirancang untuk setiap hambanya. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha.

اللهم لا سهلا إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Shah Alam

7 Ramadhan 1433H

1:50pm