demam mengejut

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillahi rabbil `alamina `ala kulli ni’mah wa na`uzubika min ashabinnar..

Alhamdulillah kesyukuran tidak terhingga dirafa’kan ke hadratNYA. Rabu baru ni saya kejutkan Abdul Basit dari tidurnya yang kelihatan tidak lena. Menonggeng ketika sedang tidur menunjukkan ketidak selesaan yang sedang dirasainya. Badannya panas tetapi kaki dan tangannya sejuk. Saya mula bimbang. Lagi beberapa minit pengasuh akan datang mengambilnya jam 11 pagi. Saya terus mandikan takut terlewat. Usai mandi Abdul Basit menggeletar dengan ketara. Saya lap badannya dan mmeluknya erat untuk panaskan badan. k.ida sampai di hadapan pintu ketika Abdul Basit sedang bersiap.

Oleh kerana k.Ida ada banyak pengalaman daripada 6 orang anak saya tanyakan pendapat beliau tentang tahap kepanasan Abdul Basit. Beliau terkejut dan menggesa saya membawa anak ke klinik dgn segera. Agak kalut..kol 1230 nak kena pergi sekolah tetapi kerja2 rumah belum selesai. Sementara saya bersiap untuk membawa anak ke klinik, k.ida bawa Abdul basit pulang dulu ke rumahnya untuk dilap2 bagi mengurangkn tahap kepanasan badannya. Abdul Basit nampak lemah tetapi tetap juga mahu bercakap dan bermain.

Hampir jam 12 saya ambil Abdul Basit dan terus membawanya ke klinik bersama bekal makanan yang dia tak lalu makan di rumah k.ida tadi dgn sbotol air kosong. Sebelum bertolak sempat hantar sms pada PK Petang saya amik CRK hari tu. Di klinik, sebelum sempat tunggu giliran berjumpa doktor, Abdul basit tetiba berselera makan bekalan tadi sehingga habis, air kosong juga. Suhu panas badan pun makin berkurang. Akhirnya tiba giliran kami bertemu doktor.

Doktor memriksa suhu badan dan melihat ke dalam mulut Abdul Basit. Disahkan demam sikit dan ada tonsil baru mahu mula. Sebelum doktor memberitahu ubat yang perlu dberi, saya dengan segera meminta izin tidak mahukan ubat, saya sekadar mahu doktor memeriksa anak saja. Doktor terdiam sebentar. Kemudian bertanya, abes kalau x bagi ubat cmne nak rawat? Saya beritahu, bagi madu, mandikan dengan cuka epal, sapu minyak bawang putih. Beliau bertanya, itu je? Saya x pasti soalannya memang mahu tahu atau pun penuh kesinisan. Saya jawab nak cuba dulu cara alami, kalau masih x berkurang saya akan datang lagi untuk beli ubat. Beliau mengangguk dan berkata, kami memang sarankan makan ubat sebab boleh hilangkan demam dan rawat tonsil sebab kalau dibiarkan tonsil ni boleh merebak menjadi radang. Saya angguk tanda faham. Kemudian beliau menyambung, x pelah..kami akan tulis dalam report puan x nak terima rawatan…itu saja. Terima kasih doktor..dan kami keluar.

Kos bertemu doktor hanya rm3…alhmdulillah x perlu membazir beli ubat. Saya cuba untuk elakkan anak dari makan ubat2 hospital yang mempunyai kesan sampingan terutamanya antibiotik. Biarlah antibodi dalam badannya melawan virus yang datang menyerang. Moga Allah memudahkan segala urusan kami.

Balik dari klinik, petangnya saya bawa Abdul basit pergi berurut. Tukang urut cadangkan bagi makan betik untuk rawat tonsil dan lumurkan badan serta kepala dengan minyak but2 jika suhu badannya masih tinggi.

Malamnya sebelum tidur saya lumurkn kepala, tulang belakang dan tapak kaki dengan minyak but2, sarungkan stoking. Ingat nak letak minyak bawang putih kat tapak kaki dan badan tapi malas pulak nak membakar bawang. Cuma letakkan potongan bawang besar dan bawang putih di sebelah tempat tidur. Menjelang tengah malam anakku sering bergerak2, berpusing2, bergolek2 menandakan tidak selesa di samping terasa bahang di kepala dan badannya. Lantas saya lumurkan minyak but2. Begitulah setiap kali saya terjaga mestilah saya lumurkan minyak but2 ke badan dan kepalanya. Rasa x sabar menanti tiba waktu subuh supaya boleh saya mandikn dgn cuka epal.

Sambung kemudian…nak siap g sekolah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s