keputusan SPP

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahi `ala kulli ni’mah wa na`uzu billahi min ahlinnar…

Bermula dengan mendaftar, diikuti dengan ujian bertulis dan diteruskan dengan panggilan temuduga di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Awal Januari 2011 maka terciptalah episod baru menjadi pelatih jQAF berorientasikan sekolah, di mana hari-hari sekolah mengajar seperti guru lain dan di waktu guru lain bercuti setiap kali murid-murid bercuti panjang, kami perlu menggunakan masa itu untuk belajar di IPG. Saya ditempatkan di IPG yang sama ketika ditemuduga dahulu. Selama satu tahun setengah masa diperuntukkan untuk mendapatkan segulung diploma pendidikan yang diiktiraf KPM. Sepanjang tempoh latihan, elaun bulanan diberi sebanyak Rm1300 lbh kurang tanpa sebarang insentif tambahan seperti bonus raya, bonus awal tahun dan lain-lain. Juga tidak layak untuk kami sebagai pelatih untuk bercuti melainkan atas sebab cuti sakit.

Selesai peperiksaan, maka berakhirlah status kami sebagai Guru Dalam Latihan dan bercuti untuk beberapa ketika. Dari penghujung Jun 2012 kami bergelandangan tiada sumber pendapatan. Saya sebagai isteri yang sedang menunggu masa untuk melahirkan rasa sangat seronok bercuti lebih-lebih lagi selepas melahirkan pada September 2012. Kami semua berteka-teki bila masanya kami akan dipanggil semula untuk meyambung khidmat bakti sebagai guru jQAF di sekolah masing-masing. Saya dapat bayangkan keadaan mereka yang menyara keluarga, tentu sekali terasa peritnya tanpa pendapatan. Tentu sekali mereka sangat mengharapkan agar dipostingkan secepat mungkin untuk meyelesaikan masalah kewangan mereka. Tetapi berbeza dengan saya dan beberapa bekas pelatih yang mengalami situasi yang sama sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan, tentu sekali berharap agar dipostingkan awal tahun depan. Sementelahan cuti hujung tahun sudah semakin hampir. Namun tanpa disangka tiba-tiba kami diarahkan melapor diri pada pertengahan Oktober 2012 berstatus sebagai guru Interim dengan elaun pokok beserta elaun tambahan berjumlah Rm2,400 sebulan. Tempoh berpantang saya masih berbaki lebih kurang 3 minggu lagi. Hati saya berbelah bagi, terima ada pendapatan tapi perlu meninggalkan anak yang baru berusia sebulan lebih dan hanya menyusu badan.Tidak terima bagaimana pula? Risau tiada tempat pula untuk saya nanti. Selepas berbincang dengan zauji dan ummi abah, putuskan untuk terima.

Hari pertama melapor diri 16 Oktober 2012, saya cuba memohon budi bicara guru besar untuk menangguh dua minggu sehingga habis pantang. Jawapan beliau membuatkan saya terpaksa terus bekerja bermula esoknya. Jika saya lewat sehari, urusan kenaikan gaji, pencen dan lain-lain akan juga terlewat berbanding dengan rakan-rakan yang sezaman dengan saya, apatah lagi jika saya lewat dua minggu. Lagi pun berbaki 18 hari sahaja lagi sesi persekolahan sebelum bermulanya cuti panjang hujung tahun. Setiap hari saya menghitung hari…

Maka esoknya dengan hati berat saya memandu sendiri dari Shah Alam ke Rawang menggunakan kereta auto zauji. Beliau tidak dapat tolong hantarkan kerana desakan kerja di Banting. Keadaan ini berlarutan sehingga tibanya cuti yang sangat melegakan. Sebulan lebih bercuti membolehkan saya meyusukan anak sepenuh masa..

Pertengahan November 2012 temuduga Spp dimulakan. Tarikh saya dijadualkan pada 29 Nov. Debaran sangat dirasai. Bekas pelatih yang sezaman dengan saya kian giat berkongsi rasa hati dan pengalaman ketika ditemuduga dalam group jQAF 2011 di mukabuku. Semua pengalaman dan perkongsian itu sangat bermanfaat dan sangat membantu dalam menghadapi debaran untuk ditemuduga. Tiba 29 Nov…selesai sudah salah satu fasa yang paling penting dan mendebarkan. Hanya menunggu keputusannya pula..

Awal tahun 2013 menjelma. Saya telah berpindah dan mencari penempatan baru di sekitar Rawang dan sangat hampir dengan sekolah. Zauji juga ada rezeki untuknya bertukar tempat kerja di Assam Jawa, Kuala Selangor. Dekat sikit untuk beliau berulang-alik  dari rumah ke sana.  Awal Feb 2013 keputusan SPP keluar. Alhamdulillah thumm Alhamdulillah…kami sramai 10 orang jQAF sezaman yang sesekolah alhamdulillah semua lulus.

Moga hari yang mendatang akan menjadi lebih baik dari hari ini…

 

Rawang

20 Rabi`ul Akhir 1434

3:33 pagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s