~menjadi ibu~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillahi `ala kulli ni’mah…

Melihat orang lain menjadi ibu, kelihatan seperti menarik. Dan alhamdulillah diberi juga saya peluang menjadi ibu. Rupanya ia tidak sesenang seperti melihatnya.

Hari pertama hati masih bahagia melihat hasil yang dikeluarkan selepas berhempas pulas mengeluarkannya. Pulang ke rumah bermulalah episod baru dalam hidup. Kini saya bukan hanya perlu menguruskan diri sendiri tetapi perlu menguruskan ahli baru yang betul2 baru melihat dunia.

Minggu kedua bagi saya minggu yang cukup menekan jiwa. Minggu pertama ok lagi sebab zauji cuti seminggu, dapatlah beliau kurangkan beban sedikit. Perlu mandikan si kecil yang belum mengerti apa kemudian menyusukan sehingga tertidur. Untuk menunggunya tidur bukan sekejap, biasanya saya juga turut terlelap. Bila dia sudah terlelap, perlu pindahkannya dari ribaan ke tempat tidur. Adakalanya dia akan terjaga dan kembali menangis, maka terpaksa lagi meluangkan masa untuk sambung kembali penyusuan yang terhenti tadi. Lebih kurang masa yang diperuntukkan dari mandi, siap berpakaian, susu hingga tidur sekitar 3 jam. Waktu bermula mandi dalam 8 pagi lebih kurang tetapi selesainya lebih kurang jam 11 – 12 tengahari. Selepas itu barulah saya punya masa untuk membersihkan diri sendiri, melumuri minyak atau krim urut ke seluruh tubuh, berbengkung, baru sarapan. Waktu sarapan menghampiri waktu makan tengahari. Sungguh geram..

Bila dia dah tidur, lega sikit, baru boleh relax atau pon buat kerja lain. Kadang2 saya cuba untuk tidur juga bersamanya sebab bila dia terjaga malam nanti, saya juga perlu jaga bersama2nya. Biasa juga lepas saya sudah bersiap, dia pula tiba-tiba terjaga dan menangis. Maka perlu lagi saya menghadap, membelek dan melayannya sehingga dia tertidur semula. Sambung pula dengan membasuh baju bayi.

Dalam pukul 530 petang, sekali lagi saya jadualkan untuk mandikannya. Dia mandi 2x sehari. awal2 dulu saya juga begitu, tapi mandi kali kedua selepas maghrib. Tidak sempat untuk mandi lebih awal, sibuk siapkan si anak seperti proses pagi tadi. Hal ni berlanjutan sehingga suatu hari Mak Andak datang ziarah selepas maghrib dan ketika itu saya sedang mandi. Terkejut beliau mendengarkan perbuatan saya yang sepatutnya tidak wajar dilakukan. Bermula keesokannya saya hanya mandi sekali sahaja, petang kalau rajin hanya lap2 dan tukar baju.

(Tetiba rasa macam dah malas pulak nak menaip…sambung sikit je lagi)

Ummi nasihatkan saya bertungku 2x, malam dan subuh, waktu tengah sejuk. Seringkali  berlaku waktu saya nak bertungku anakku akan terjaga dan menangis. Sudahnya terpaksa layan dia dulu, kadang2 sampai sejuk batu tungku.

Tengah malam anakku biasanya akan menangis sekitar jam 2 pagi atau 4 pagi. Namun masa yang diperlukan untuk tidurkannya semula agak lama, bergantung kepada keselesaan dirinya. Biasanya saya akan ambil kesempatan untuk tukarkan pampers dan menyusukan.

Esok genap anakku 4 minggu, pipinya sudah berisi, kakinya sudah panjang, menggeliatnya makin ganas, tangisannya kian kurang, comelnya dia di mataku.
 Alhamdulillah kini saya sudah dapat serasikan diri dengan rutin baru, mungkin boleh ditambah baikkan lagi.

Shah Alam, 11:17pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s