~kelahiran~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين

Setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi atas segala ni’mat dan anugerah yang telah DIA kurniakan.

Tanggal 12/9/2012 – 25 Syawal 1433 – Rabu – 4:07pagi, saya telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.72kg di Hospital Sungai Buloh. Selepas seharian dari selepas subuh semalam berasa sengal-sengal pinggang yang bermula dengan perlahan dan berselang jarak tempoh sengalnya disertai dengan sedikit darah berlendir hingga rasa sengal bertukar menjadi sakit bersangatan, alhamdulillah kesakitan itu berakhir dengan penuh kegembiraan meskipun selepas itu diganti dengan rasa sakit dijahit di tempat luka dan kesan sakit berterusan beberapa hari selepas melihat hasil daripada kesakitan2 tadi. Melihat bayi yang sungguh comel di pandangan mata saya sanga tmenghiburkan selepas berhempas pulas mengeluarkannya sebentar tadi. 

Beberapa fakta yang ingin dikisahkan:

1) Sakit kuat bermula dari jam 2 pagi, laluan baru terbuka 3cm. Sebelum itu memang sudah rasa sakit tapi masih boleh ditahan lagi, siap boleh tidur 5-10 minit berselang sakit.

2) Jam 3 pagi baru minum sedikit air selusuh dan beberapa biji kurma. Waktu tu memang sangat lapar, sangat mengantuk dan sangat sakit. Disebabkan asyik ke tandas kerana rasa seperti mahu meneran buang air besar tetapi lebih sakit dari tu, doktor panggil untuk cek lagi. Laluan sudah terbuka 5cm. Terus saya dimasukkan ke dalam bilik bersalin dan dibiarkan bersendirian.

3) Sebelum membaringkan di katil yang disediakan, sempat lagisaya minum air selusuh buat penghilang dahaga. Lebih kurang setengah jam (kalau tak silap) rasa seperti ada sesuatu mahu terkeluar, dengan penuh ketidak upayaan saya menjerit memanggil doktor dengan nada yang sangat lemah. Sorang bidan (bidan kot..sebab bajunya lain dari doktor dan jururawat) datang dan memarahi saya jangan meneran sebelum waktunya tanpa terlebih dahulu memeriksa bukaan laluan. Mujur selepas itu bidan lain masuk dan terus melihat bukaan laluan. Dengan nada sedikit terkejut, beliau meyuruh saya bersedia untuk berjuang. Terkejut sebab tak sangka dalam masa tidak sampai sejam laluan boleh terbuka dari 5cm ke 9cm.

4) Alhamdulillah dengan panduan yang mereka berikan, bayi lelaki selamat dilahirkan hanya dengan sekali meneran. Zauji sampai ketika mereka sedang sibuk menjahit dan membersihkan alatan yang telah selesai digunakan, lantas mengazan dan mengiqamahkan bayi kami dengan penuh kesyahduan.

5) Selesai semua, zauji pun pulang, hanya tinggal saya dan bayi di troli bersebelahan. Disebabkan terlalu mengantuk dan kelelahan saya tertidur tanpa menghiraukan orang baru di sebelah sehingga jam 6 pagi. Subhanallah sepanjang saya terlena langsung tidak terdengar bunyi tangisan, anakku sungguh baik kerana memahami kepenatan ibunya.

6) 6 pagi kami dipindahkan di wad sementara di bahagian belakang. Zauji datang dengan amru untuk melawat dan menghantar sedikit barang sekitar jam 9 pagi, tapi kesian amru tak boleh masuk, tinggal sekejap di luar.

7) Dalam 2:30 petang barulah kami ditempatkan di wad sebenar. Umi, abah, afifah dan kawan, adik2 kecilku dan zauji sempat datang ziarah tetapi sudah menjadi syarat bawah 12 tahun tak boleh masuk maka tinggallah adik2 kecilku (ataullah, amilah dan amru) di luar. Sian amru..smgt nk tgk anak sedara tapi akhirnya kat rumah juga baru dapat tengok. Namun cuma beberapa jam sahaja di situ kerana kami sudah boleh pulang.

8) Bayaran yang dikenakan cuba teka berapa? Alhamdulillah dalam batas kemampuan…rm13 sahaja.

Selesai episod kelahiran anak pertama. Sekarang sedang menghadapi episod berpantang pula. Huh..sungguh memenatkan. Rasa tidak sabar untuk selesai…

Shah Alam, 18 Zulkaedah 1433, 12:40am

Image

Image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s