::Berpantang::

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

الحمد لله والشكر لله حمداً وشكراً كثيراً

Dengan izinNYA bertemu lagi kesempatan untuk merekod peristiwa di sini.

Sebelum bersalin, berbagai jenis produk set bersalin sudah saya tinjau. Asalnya sangat berminat dengan set bersalin Sendayu Tinggi, kemudian jatuh hati pula dengan set bersalin Hiraq, tak lama kemudian beralih minat pula ke Jamu Mak Dara, tetapi tiba-tiba dengan set bersalin Salindah pula. Namun sudahnya tiada suatu produk set bersalin pun yang terbeli..huh.

Selepas bersalin, menganga tak tahu nak berpantang bagaimana. Memandangkan bajet kewangan sangat terhad, terpaksa lupakan hasrat untuk membeli mana2 set bersalin. Dengan muka tidak tahu malu, saya menumpang guna barang2 jualan ummi. Bukan sekadar menumpang semata2, memang ada hasrat dan keinginan untuk membayarnya semula selepas saya bergaji nanti. Moga ada rezeki kerja untuk saya.

Ummi syorkan guna produk Gamat Emas yang beliau jual, Bioseed dan Pati Gamat Plus Vitamin (perasa oren). Kedua2nya sudah saya amalkan pemakanannya bermula dari hari pertama selepas pulang dari hospital. Ops…lagi satu kopi pegaga pun saya amalkan ketika sarapan, pun Gamat Emas. Untuk malam, atas syor ummi juga, saya amalkan meminum King Herbal (KH) Kopi dan air gamat dari keluaran yang sama. Untuk sapuan badan, hanya guna minyak but2 keluaran HPA sebelum memakai bengkung warisan dari ummi. Itu saja produk berjenama yang digunakan setakat ini.

Sebagai tambahan, beberapa herba semulajadi turut saya amalkan atas nasihat ummi. Semua ikut syor dan nasihat ummi..saya mana tau lagi, jadi nak tak nak beliau lah rujukan utama, ibu sendiri lebih ikhlas nasihat dan panduannya. Awal2 berpantang, minum air kunyit, tak tau apa lagi campurannya. Tapi setiap kali minum kena campur sedikit asam jawa dan garam. Air ni mak sayang zauji yang tolong buatkan. Mula2 minum…uish..rasa seperti mahu terkeluar balik, biasalah tu..herba. Saya ambil masa seminggu untuk habiskan separuh sebotol air kunyit tersebut. Masuk minggu kedua, ummi cadangkan minum air rebusan manjakani dan buah tersebut dimakan dengan nasi. Rasanya lagi masya Allah…tak tertelan. Airnya ok lagi, sikit je pahit sebab rebus dalam air yang banyak. Kesan langsung selepas minum air kunyit dan manjakani, darah tetiba keluar dengan banyaknya tapi sekejap saja. Selain tu, pegaga juga dimakan sebagai ulam beserta dengan akar2nya. Tapi buat masa sekarang pegaga dah habis stok, nak tunggu zauji minta tolong beli lagi.

Untuk mandian pula, kesian sikit. Terpaksa tempah dengan zauji tolong carikan daun2 yang bersesuaian masa beliau pulang ke kampung. Daun yang beliau bawa, jambu batu, serai wangi, pandan, kunyit, halia dan beberapa jenis daun yang tidak dikenali. Selain dari zauji, turut juga minta tolong mak cik tukang urut (Mak cik Jah Urut) untuk bawakan sedikit daun semasa beliau datang sini untuk mengurut saya. Dengan beliau, banyak juga daun yang boleh diperolehi seperti limau purut (yang lain saya tak kenal). Pun daun untuk bungkus tungku pun minta dari beliau memandangkan rumahnya ada pokok mengkudu, sementelahan beliau pun bukannya guna pun. Daunnya cantik, lebar2 mudah nak bungkus tungku. Oh..tungku pun pinjam dari beliau…hu2

Melihatkan anakku tidur dengan sangat lena membuatkan mataku juga terasa dibuai2 mahu tidur berpelukkannya. Pagi tadi dia menangis semasa bertuam, sakit perut barangkali. Selesai bertuam dengan bersungguhnya dia meneran, keluar sahaja najisnya, terpamer kelegaan di wajahnya.

Sekian

Shah Alam, 18 Zulkaedah 1433, 1:42pm

Image

Image

Advertisements

2 thoughts on “::Berpantang::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s