::38 minggu::

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah `ala kulli hal wa ni`matil iman wal islam…allahu akbar!

Dengan ditemani adik ipar bongsu ain nabila, kami bertolak ke klinik kesihatan desa kg. kelanang. Sampai sana jururawat bertugas sedang bersiap2 dan berkemas2 sebelum tiba masa klinik di buka jam 8 pagi. Kepada beliau saya bertanya untuk kepastian, rupanya saya tidak dibenarkan cek kandungan di situ kerana tempat tinggal saya bukan dalam kawasan mereka. Jadi beliau mencadangkan pergi ke klinik desa kg. Permatang Pasir, Jugra. Sebelum jam 8 kami telah sampai, pagar pun masih belum dibuka.

Menjadi pesakit pertama yang tiba dan diperiksa. Sangat gembira tidak perlu tunggu lama, tidak perlu ambil nombor seperti mana di klinik kerajaan seksyen 19, Shah Alam. Klinik ini klinik desa kedua yang saya datangi selepas klinik desa Sepintas, Sabak Bernam. Memang sangat desa…kliniknya pun seperti rumah kampung…menarik. Arahan pertama disuruh mengambil sampel air kencing. Kelakar pulak…sampai2 je dah disuruh kencing. Mujur waktu tu memang terasa nak buang air pun.

Hasil pemeriksaan pun menyenangkan. Hemogl0bin menokok dari 10.5 ke 11.2. Yang penting jangan kurang dari 11. Alhamdulillah berhasil usaha minggu ni, ratah kerang yang dibeli zauji. Berat badan naik 2 kg dari minggu lepas, bising gak jururawat tersebut. Macam mana tak naik, dok rumah – masak – makan – basuh pinggan – tidur. Itu jelah rutin yang sangat membosankan sementara belum posting. Dah posting nanti tak tau la pulak camne rasanya. Jangan rasa bosan cam praktikal hari tu sudah. Sedikit yang dianggap sebagai masalah, carta pergerakan bayi yang cukup 10 kali jam 6 petang – 8:30 malam. Bagi beliau ini dikira bayi tidak aktif dan kurang sihat. Pergerakan bayi yang sihat cukup 10 gerakan aktif sekitar jam 2 -3 petang. Secara jujurnya, selama ni saya tak pasti pun pukul berapa anakku cukup 10 gerakan, x perasan, masa yang saya tulis tu sekadar andaian dan agakan semata-mata. Moga anakku sangat sihat. Minggu kedua raya pergi scan, berat baby 3.1 kg pada minggu 37. Berat juga… Tapi sebelum tu doktor dan beberapa jururawat komen perut saya seperti tidak cukup besar. Pape pon sentiasa mendoakan kesejahteraan anak ini.

Setakat ni, bengkak kaki saya sudah surut. Minggu2 puasa dan raya agak memeritkan, terpaksa berjalan dengan kaki membengkak ( disebut edema).Sekarang alhamdulillah, sudah tiada bengkak, kebas di tangan hampir hilang, cuma kadang2 sahaja jelas terasa. Perut pun sering mengeras tapi kendur semula. Belum kelihatan tanda2 mahu bersalin. Susah mahu buang air besar, komen ummi sebab kepala bayi dah masuk lorong. Jururawat galakkan makan banyak buah terutamanya epal hijau. Tapi beliau sangat menggalakkan makan kurma 7 – 10 biji sehari, lebih2 lagi kalau berpuasa.

Mudah2an Allah Ta`ala permudahkan urusan bersalinku secara normal, berurusan dengan staf wanita muslim sahaja, pembayaran di dalam batas kemampuan, dan dipermudahkan juga semua urusan…Ameen.

 

Banting Baru, Banting

19 Syawal 1433H

11.31pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s