::Kenduri::

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Alhamdulillah…

Sollu `alan nabiy…sollu… sollu… sollu…

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Hari ni sudah menginjak ke 19 Ramadhan 1433h bersamaan dengan 8 Ogos 2012 (ketika post ini ditulis). Sekejap sahaja masa berlalu tanpa kita menyedarinya. Rasa betapa ruginya diri ini telah menyia-nyiakan masa yang sangat berharga bagaikan emas. Apa yang telah saya lakukan bermula dari selesai maktab 13 Jun yang lalu? Oh…ya Allah…

Hanya beberapa hari sahaja berbaki sebelum tibanya eidul fitr Mubarak. Tetiba rasa sebak membungkam di dada… Tahun ni raya di mana ye? Raya yang saya fikirkan…Allah… Bermula esok bermulalah fasa terakhir Ramadhan dengan misi memburu lailatul qadr. Ya Allah…nikmatnya berada di dalam bulan mu yang sangat berkat ini. Janganlah kami membiarkan bulan berkat ini berlalu begitu sahaja tanpa sedikit pun kami mengambil manfaat dan ganjaran hebat yang Kau tawarkan ya Allah…

Selepas tibanya eidul fitr nanti debaran lain pula akan menyusul…lebih sebulan lagi menanti saat kelahiran waris pertama saya dan zauji. Semoga segalanya dipermudahkan Allah Taala.

Tadi tengah kemas2 baju dalam almari, ternampak 2 pasang baju yang sangat bersejarah dalam hidup saya  berwarna ungu dan satin hijau muda. Setiap kali terlihat baju2 ni saya mesti teringat keringat dan susah payah abah ummi dalam memastikan majlis walimah saya berjalan lancar. Di samping huluran pertolongan dari jiran tetangga yang sangat sudi datang membantu meski tanpa diminta. Mereka yang menawarkan diri dengan sukarela untuk membantu banyak perkara. Cadang kami dulu tiada hantaran berbalas2 kerana merasakan ia kurang perlu, cukuplah sekadar makanan sebagai hadiah dari kedua belah pihak tetapi makcik2 di sini yang menyediakan berdulang2 hantaran kepada pihak lelaki dengan percuma. Rezeki mereka… Kemudian makcik2 ni juga yang menghias bilik tidur pengantin, menyediakn bunga telur, makan adab2 pengantin (juga tiada dalam perancangan kami), bubur kacang untuk tetamu, dan memasakkan lauk tambahan ketika mana makanan tetamu hampir tidak mencukupi. Alhamdulillah hari itu telah selesai dengan jayanya sebagaimana yang kami sekeluarga rancangkan, tiada alunan kompang dan sebarang lagu, berbeza tempat makan lelaki dan wanita, tiada tabarruj berlebihan, makanan juga cukup2 sahaja (tapi ada juga sebahagian lauk yang tidak cukup namun sempat ditampung dengan lauk lain). Ringkas tapi saya terasa kemeriahannya. Kami mengharapkan keberkatan dalam majlis tersebut, jadi cuba mengelakkan apa sahaja perkara yang kami rasa tidak perlu dan hanya menyumbang kepada pembaziran. Sungguh memenatkan…

Moga Allah mengganjari ummi, abah dan adik2 saya yang bersusah payah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Juga kepada makcik2 jiran tetangga yang telah sudi menolong lebih dari yang sepatutnya, moga segala urusan kalian dipermudahkanNYA selepas kalian telah memudahkan orang lain. Tidak dilupakan buat saudara mara yang membantu secara langsung mahu pun tidak, moga ada nilai di sisiNYA. Jazakumullaha khairal jaza’…

Walau apa pun, kami mengharapkan dapat membuat majlis yang lebih baik, lebih berkat, lebih mudah dan lebih terancang untuk adik2 saya nanti. Ada 11 orang lagi yang akan menyusul selepas ini insya Allah… Dan didoakan agar mereka bertemu jodoh yang soleh dan solehah dan memandu hidup menuju kebahagiaan dunia akhirat…amen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s