::34 minggu::

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Kesyukuran tidak terhingga saya rasakan pagi ini atas bermacam-macam perkara antaranya DIA masih lagi memberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan puasa pada hari ini penghulu segala hari, yaumul Jumu`ah 21 Ramadhan 1433 bersamaan dengan 10 Ogos 2012 (ketika post ini ditulis).

Semalam temujanji seperti biasa untuk cek perut dan bayi di dalamnya. Sama seperti sebelum ni, tahap hemoglobin saya masih rendah namun tetap ada peningkatan. Tempoh hari Cuma 9.1 tetapi semalam menokok menjadi 9.6, Alhamdulillah menaik juga. Jururawat yang membuat pemeriksaan ke atas saya tidak bising seperti jururawat lain yang saya temui sebelum-sebelum ni. Dia komen, eh ramai pulak yang darahnya rendah bulan puasa ni tapi tak de masalah pape, takkan mesin rosak kot. Saya dengar jururawat ni berbual dengan temannya di hadapan saya. Tersengih…heh.

Perut saya yang sudah minggu 34 kelihatan tidak terlalu besar. Saya suka cuma doa dan harap anak saya normal beratnya, biarlah tidak terlalu besar. Dari awal kehamilan memang tidak amalkan minum susu sebarangan, Cuma minum susu kambing hi goat. Selain tu, saya tidak makan vitamin obimin yang klinik bekalkan sebab kurang yakin dengan isi kandungannya. Tetapi saya gantikan dengan spirulina gamat emas yang lengkap dengan semua vitamin atas nasihat ummi. Namun masalah tiba-tiba timbul semasa minggu ke 30 memaksa saya makan obimin ditambah dengan tablet zat besi untuk pekatkan darah. Walau bagaimana pun saya tidak rasa puncanya datang dari tidak makan obimin tetapi mungkin tabiat pemakanan yang saya amalkan ketika berada di rumah ini. Sebelum ni semasa menetap sendiri di Rawang, menu makanan ikut kehendak dan citarasa sendiri, terkawallah sedikit. Sekarang ni tinggal di rumah ummi abah kenalah ikut apa sahaja yang mereka makan. Takkan nak cerewet pulak..

Tarikh untuk temujanji akan datang 23 Ogos ni masa seminggu cuti raya. Tidak tahu lagi di mana saya ketika itu, mungkin di kampung atau sakan beraya di rumah saudara mara.

Walau apa pun masalah yang timbul sekarang, doa saya agar ia tidak melarat menjadi mudarat. Setakat ni puasa saya penuh, Alhamdulillah. Ada seorang kawan jumpa di klinik sama minggu dengan saya, puasanya berselang hari, tidak mampu setiap hari sebab mengah memandu pergi balik kerja. Bersyukur sangat bila bandingkan dengan dia. Kita selalu rasa susah tetapi sebenarnya ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. Oleh itu bersyukur dan bersabarlah…

 

Shah Alam

7:35am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s