::30 minggu::

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahi `ala kulli ni’mah wa na`uzu billahi min ahlinnar..

Gembira dan sangat bersyukur diberi peluang merasai apa yag pernah ummi rasa..menanggung nyawa lain 9 bulan kebiasaan.

Selama ni setiap bulan pergi cek kat klinik kerajaan, siap kena minum air gula sudah 3x, alhamdulillah tiada sebarang masalah yang dikesan. Kali pertama diarah minum berpunca dari ummi dan abah ada kencing manis, pihak klinik mahu kesan andai saya juga seperti mereka berdua. Namun disebabkan kali itu datang hanya untuk minum air gula, saya pulang sebentar ke rumah sebelum cukup tempoh 2 jam selepas minum. Telah ditakdirkan hasil pemeriksaan menunjukkan tahap bacaan yang sangat rendah, nurse tersebut tidak berpuas hati. Bulan seterusnya semasa temujanji akan datang saya perlu minum lagi sekali. Alhamdulillah hasilnya negatif. Cukup 27 minggu sekali lagi dijadualkan perlu minum. Dan alhamdulillah…tetap juga negatif.

Tetapi hari ni 12/7/2012, tiba-tiba hasil pemeriksaan menunjukkan tahap hb saya rendah beserta kandungan gula yang tinggi dalam air kencing. Hampir sahaja saya diperintahkan meminum air gula untuk kesekian kalinya. Mujur doktor seorang lagi tidask membenarkan kerana saya telah 3x minum berturut2 sebelum ni. Mereka memberi saya tempoh sehingga temujanji akan datang, jika hb stabil dan kandungan gula rendah selamatlah dari keperitan meneguk air gula yang sungguh….

Mohonku moga diselamatkan dari sebarang perkara yang tidak diingini dan bayi yang sedang menumbuh ini juga sihat dan selamat.

بسم الله اللذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء

Shah Alam

22 Syaaban 1433H (lebih kurang seminggu ketibaan Ramadhan)

4:30pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s