~setia menanti~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah `ala nuril huda wa dinil haq…

Rasa kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadratNya atas limpah kurnia yang masih lagi dinikmati dengan senang hati

Bermula 13 Jun yang lalu sehingga ke hari saya sudah tidak bekerja. Hanya menumpang lepak di rumah ummi dan abah. Rumah yang kami sewa di Rawang terpaksa dibiar kosong tiada berpenghuni. Cuma sesekali kami ke sana biasanya ketika cuti hujung minggu. Saya sudah membayangkan bosan tahap terlampau andai bersendirian di sana tanpa melakukan kerja bergaji.

Bila tinggal bersama di rumah ini boleh juga masa lapang yang terluang digunakan untuk membuat kerja2 di sini yang sentiasa banyak, cuma perlu merajinkin diri je. Tapi biasanya kerajinan datang 30% je sehari. Dalam fikiran dah beratur kerja2 yang perlu dilangsaikan, namun setakat ni hanya 30% juga yang baru diselesaikan.

Tidak tahu sehingga bila pengangguran ini akan tamat. Simpanan semakin menyusut, tapi keinginan tetap juga meningkat. Banyak barang yang mahu dibeli, rasanya seperti keperluan. Nak harapkan gaji zauji pun tak boleh sangat, beliau pon banyak lagi yang perlu dibayar.

Tempoh hari kami diberitakan selepas keputusan peperiksaan keluar, tidak lama selepas itu pihak SPP akan memanggil untuk temuduga posting. Tapi bila temuduga itu akan berlaku masih tidak dapat diduga. Bermacam andaian dan persoalan yang berlegar di kalangan kami bekas pelatih kpli jQaf 2011 berkenaan posting. Tidak ketahuan bilakah semua ini akan mengakhiri penantian kami.

Harapnya moga segala urusan kami dipermudahkan Allah Taala yang Maha Mengetahui hikmah pada setiap kejadian.

Shah Alam

16 Syaaban 1433H  

10:15am

Advertisements

One thought on “~setia menanti~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s