~sakit lagi~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah wa syukran lillah…dah sihat insya allah..

Minggu lepas semasa sedang memecut laju meredah lebuhraya, penunjuk kilometer tiba-tiba makin menurun. Walhal saya sedang memijak pedal minyak dengan sesungguhnya. Sangsi sesuatu sedang terjadi, brek kaki diguna, berhenti di bahu jalan, enjin terus dimatikan.

Langkah pertama, saya hubungi ummi yang kebetulan waktu itu panggilan masih percuma bersempena hadiah hari jadi. Kepada ummi diberitahu akan apa yang terjadi. Sebnarnya bukan kebetulan tapi telah ditakdirkan. Abah pulang kerja awal untuk menghantar Adilah ke KLIA. Kepada abah juga saya khabarkan tetapi beliau belum mampu untuk membantu. Panik seketika, otak saya dipaksa bekerja.

Alhamdulillah, saya ternampak stiker yang ditampal di hadapan kereta no talian SAA. Sebelum ini saya pernah mendaftar tapi belum pernah mencuba guna. Hari ini adalah hari yang terbaik untuk saya mencubanya. Segera mereka saya hubungi, hampir sejam kemudian lori towing sampai.

Alhamdulillah lagi, lokasi kejadian masih tidak jauh dari shah alam. Lori bawa kami (saya & kereta) ke bengkel kereta terdekat, Glenmarie Shah Alam. Tak pernah tahu pun tempat ni sebelum ni. Bila berlaku macam ni, oh…kat sini ada bengkel rupanya. Kereta saya diperiksa. Banyak masalah rupanya…paling utama thermostat dah terputus. Dasyatnya…nampak sangat tak servis kereta dengan sewajarnya. Nampaknya AtoZ terpaksa saya tinggalkan sendirian di sini.

Abah saya hubungi untuk kesekian kalinya meminta tolong ambil saya dari sini dan dibawa pulang. Pada awalnya ummi beritahu Adilah yang akan ambil saya, sementelahan dia baru membeli hp smart yang ada GPS, mudah baginy untuk mencari. Tetapi kemudian tidak jadi, abah yang akan ambil sebaik pulang dari masjid. Dalam masa yang sama, hati saya terasa gembira kerana 1) boleh ambil cuti 2) boleh ikut ummi dan abah hantar Adilah ke KLIA.

Hanya satu saja yang berlaku, dapat cuti tapi tak dapat ikut ke KLIA. Ummi telah tugaskan saya menunggu adik-adikku yang akan pulang dari sekolah jam 4 petang nanti. Oh…sedikit mengeluh.. Seketika rasa seperti masih anak dara, semuanya ditolong urus oleh ummi dan abah.

Hampir seminggu AtoZ duduk di hospitalnya. Selama tempoh itu, terpaksa berebut kancil abah dengan Afifah dan Alqamah. Akhirnya semalam masalah selesai selepas zauji sudi menghantarkan saya ke bengkel untuk membawa pulang AtoZ. Bil rawatan membuat saya terlopong kecil…rm1230. Mujur zauji dengan penuh tanggungjawab membantu separuh daripada kos rawatan. Hu…melayang duitku.. Tak pelah..moga panjang lagi umurmu dan sihat selalu tubuhmu oh AtoZku…

Jazakumullaha khairal jaza’ kepada semua insan yang terlibat dalam meyelesaikan masalah saya yang tersangat kecil ini..~Abah, Ummi, Adilah, Afifah, Alqamah & Zauji~ Semoga Allah memudahkan urusan kalian sebagaimana kalian memudahkan urusan saya.

– Alhamdulillah telah sembuh-

اللهم أنت الشافي لا شفاء إلا شفاءك شفاء لا يغادر سقما

 

RAWANG

2 Jamadil Akhir 1433H

11:06AM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s