~hampir selesai~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah…udara masih percuma untuk disedut…

Tempoh praktikum cuma berbaki 2 minggu sahaja lagi. Sungguh pun begitu, tidak berarti habis sahaja praktikum kami juga tiada di sini. Tidak…perlu menunggu sehingga tibanya cuti penggal pertama dahulu, barulah sah tempoh tamatnya. Namun, urusan masih lagi belum selesai. Cuti 2 minggu tidak boleh ke mana. Berkampung di maktab untuk berhadapan dengan peperiksaan penentuan. Tidak sabar mahu langsai….

Meniti hari-hari terakhir sebagai guru pelatih tidak menjadikan saya makin jatuh cinta dalam bidang ini. Malah rasa ingin menjauh pula yang timbul. Terdetik di sanubari, apakah ini yang kucari? Tidak pasti dengan hasrat sendiri..

Sungguh rugi andai tiada keikhlasan berniat di hati. Apa mahu ditunggu lagi jika bukan ini yang diingini. Ataukah hanya bisikan dan godaan agar tidak menabur bakti pada anak bangsa dan ibu pertiwi? Mencari yang pasti dari ketentuan Ilahi..

 

Rawang

18 Jamadil Awwal 1433

1:04am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s