Apa salah saya?

::BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah `ala kulli hal wa na`uzu billahi min ahlinnar…

Seorang wanita menghubungi ummi untuk menceritakan kisah rumahtangga yang baru dibinanya berantakan. Sebelum itu juga begitu. Menelefon ummi untuk menceritakan masalahnya. Namun sedikit pun nasihat ummi tidak diendahkan. Masalah rumahtangga beliau memang sangat berkait rapat dengan hubungan ketuhanan dan keperibadian yang memang bermasalah dari dua-dua pihak. Di setiap akhir perbualan, pasti di akhiri dengan luahan, “apa salah saya?” beserta dengan esak tangis penuh derita.

Seorang ibu menceritakan kisah anak yang sangat disayangi berlaku derhaka kepadanya. Hingga timbul persoalan di bibirnya, “apa salah saya?” tanpa menyedari cara beliau mendidik anak itu dulu tidak mengikut landasan syariat yang benar.

Seorang ayah meluahkan kekesalan berikutan anak yang dibesarkan dengan penuh manja dan kemewahan lari meninggalkan keluarga semata-mata menurutkan rasa cinta membara yang terlarang. “Apa salah kami buat kami begini?” terluah juga kata-kata ini dari mulut beliau.

Berbagai lagi kisah masyarakat yang makin menyayat hati kisah penderitaan mereka. Perlukah kata-kata diungkapkan sebagai meluahkan rasa kesal. Apakah tujuan soalan itu diutarakan? Apakah benar mereka tiada sebarang cela atau salah yang melayakkan mereka diuji sebegitu? 

Orang yang beriman tidak akan mempersoalkan ujian yang ditimpakan. Bahkan mereka memuhasabah diri sendiri dalam mencari punca di samping mencari solusi bagi setiap uiian dan permsalahan yang timbul. Cuba juga untuk tidak menyalahkan orang lain dan lari dari tanggungjawab yang dipikul.

Ibnul Qaiyim berkata: “Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian”.

Al-Hasan berkata: “Sesungguhnya seseorang hamba itu dalam keadaan baik selama mana dia mempunyai penasihat dalam dirinya dan muhasabah menjadi perkara yang penting baginya”.

Wallahu a’lam…Moga penulisan kali memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan orang lain.

 

Shah Alam

3 Rabiul Awal 1433H  

6:19pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s