Hari Kecemerlangan 2011

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillahi `ala kulli ni’mah…

Subahanallah walhamdulillah walaailaha illallah wallahu akbar!

Sabtu – 12 November 2011 – 16 Zulhijjah 1432 – 8 hari saja berbaki…

Hujan sedang lebat di luar.

Rancangan asal malam tadi nak tidur di UIA, Gombak. Tetapi disebabkan program sekolah hari ini bermula dari pagi, ditambah lagi UIA sekarang sedang bercuti, maka terpaksalah meminda rancangan tadi. Kini berada di rumah sewa Azibah dan Farhana, malam tadi menumpang tidur di sini.

Hari ini ada tiga program besar. Apa dia?

1) Orientasi murid tahun 1 2012 (8:00 – 10:00)

2) Hari graduasi murid tahun 2 dan pra-sekolah 2011 (10:00 – 12:00)

3) Hari kecemerlangan sekolah (12:00 – 17:00)

4) Exporia oleh penduduk sekeliling Sk Tun Teja

Saya bersama lima orang guru lagi ditugaskan menyediakan dokumentasi dan laporan ketiga-tiga program ini.

Waktu sudah menghampiri jam 9 pagi. Kami masih belum bersiap lagi. Sibuk terbayang apa yang akan berlaku dengan semua program ini ketika hujan sedang mncurah-curah seperti sekarang. Sperti yang dirancang, kesemua program dilaksanakan di tempat terbuka, tiga program yang awal di ruangan terbuka sekolah, manakala gerai-gerai exporia di padang sekolah. Mungkinkah ada plan B? Mungkin ada tetapi saya tidak tahu.

Laporan selanjutnya akan dikemas kini kemudian andai ada kesempatan.

 

Blok Cempaka, Taman Tun Teja, Rawang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s