sudah patah

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillahi `ala kulli ni’mah…

Jumpa juga saya masa untuk menambah entri selanjutnya.

Patah tumbuh, hilang berganti

Walaupun yang patah cuma kaki cermin mata, tapi kepatahannya sangat terasa. Lagi-lagi, bila yang baru ni tidak seselesa yang patah tu.

Betapa teruknya saya…mengeluh atas kehilangan  yang sangat kecil nilainya. Astaghfirullah..

Selepas bermuhasabah untuk beberapa ketika, saya rasa sangat….Alhamdulillah…Allahu akbar.

Walaupun insiden yang berlaku tidak melibatkan sebarang nyawa hatta kerosakan harta benda lain pun, tetapi rasa betapa agung dan kasihnya ALLAH sangat dapat saya rasakan.

Minggu lepas semasa sedang ikut abah memenuhi undangan walimatul urus, cermin mata saya yang sangat disayangi telah patah secara tiba-tiba. Memang sedih tapi apalah sangat nak disedihkan. Esoknya saya minta Adilah temankan cari pengganti yang baru (dia optometris…pakar tu).

Cermin mata baru ni memberi kesan yang kurang selesa. Mula-mula pakai je dah rasa pening. Rupanya bukan hanya mula-mula, tetapi sehingga ke saat ini selepas seminggu masih lagi terasa kepeningan. Saya mula mahu merungut. Tiba-tiba…

“Cuba bayangkan andainya cermin tadi patah semasa saya sedang memandu…bagaimana mungkin saya mampu meneruskan pmanduan? Mungkin saja saya boleh hentam saja memandu tapi bagaimana pula dengan keselamatan pemandu-pemandu lain di sekitar saya?”

Hati saya terus mengucap syukur….terima kasih ya Allah. Patahnya cermin itu pada masa yang sesuai. Subhanallah…Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu.

 

Rumahku Syurgaku

26 Syawal 1432H

00:41

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s