Perjalanan…

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah…masih lagi diberi kesempatan bernafas dan meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh.

Hampir seminggu berlalu selepas kami menghantar Abidah ke KLIA ahad lepas. Abidah baru memulakan fasa terbaru perjalanan hidupnya, menjadi pelajar di Universiti Mu’tah, Jordan. Ikhlaskan niatmu semasa menuntut ilmu Allah. Moga DIA memudahkan segala urusanmu. Balik nanti jadilah ulama wanita yang sentiasa menjadikan al-quran dan sunnah sebagai rujukan utama tanpa sedikit pun menjadikan agama untuk kesenangan hidupmu di dunia.

Allamah masih lagi di bumi anbiya’. Perjalanannya masih belum berkesudahan di sana. Kutiplah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman sebelum kau pulang ke kampung halaman. Umi dan abah meski terlalu rindu, namun sentiasa redha dengan pemergianmu. Pulanglah nanti menjadi seorang ulama yang memperjuangkan agama ALLAH dengan penuh hikmah.

Seterusnya menyusul, insya allah Adilah. Dalam proses menyiapkan segala dokumen dan keperluan untuk meneruskan perjalanan hidupnya dalam menambah ilmu di dada di Manchester, menyambung pengajian peringkat sarjana. Moga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNYA.

Afiah SPM dan Asim PMR tahun ini. Moga diterangkan hati kalian memahami dan mengingati apa yang dipelajari.

Perjalanan saya juga sudah menghampiri ke satu tahap yang seterusnya. 

Umi dan abah sudah makin berusia. Tenaga dan kudrat sudah tidak sekuat dulu. Perjalanan hidup mereka juga  berjalan dengan pantas seiring dengan masa yang berlalu. Moga Allah memanjangkan usia kalian disertai dengan keberkatan dalam hidup.

-“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan” [al-Ankabût: 57]-

Baiti Jannati

 11 Syawal 1432H   

3:43pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s