::buku baru::

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah atas segala nikmatNYA yang tidak terhingga masih lagi saya kecapi sehingga ke hari ini.

Sunyi. Hanya tinggal saya dan Afiah sahaja di rumah. Umi, abah dan adik2 ziarah Mak Uteh di hospital Selayang. Saya sudah pergi Khamis baru ni. Afiah pula buat hal tadi sampai tertinggal rombongan. Adilah, seperti biasa, kerja walau di hujung minggu.

Sepatutnya saya harus mula memasak tetapi santan tiada, malas pula mahu pergi beli. 

Semalam saya, Adilah dan Afifah telah membeli belah di Telaga Biru Sdn. Bhd. bersempena dengan jualan gudang yang diadakan di sana. Kami pergi berasingan, saya dan Afifah, Adilah sendiri sebab dia terus ke tempat kerja. Meski pun Adilah sekejap saja di situ (rasa sayalah..), dia yang bershopping buku paling sakan, 4 buah beg plastik. Dia memang sangat gemar membaca, terutama buku2 ilmiah. Kami yang lain gemar juga, tapi lebih kepada buku cerita. 

Seperti kebiasaan, selepas pulang dari pesta buku, rumah ini akan menjadi seperti perpustakaan. Semua ahli rumah akan mengamalkan budaya membaca. Malam tadi, seingat saya tiada siapa yang membuka komputer, masing2 sibuk dengan buku. Kebetulan, kami menyinggah ke perpustakaan baru Shah Alam di seksyen 13 petang semalam. Dari situ, 6 buah novel lagi kami bawa pulang.

Saya – selesai ‘Seri Tertangguh’. Pendapat peribadi, tak suka sebab terlalu liberal. 

Ataullah – ‘Terasing’, Hilal Asyraf. Saya dah suruh dia buat ulasan buku dalam blog.

Yang lain, saya tidak pasti. 

-Berazam mahu menghabiskan semua buku yang dibeli dan dipinjam semalam sepanjang Ramadhan 1432 ini-

Moga banyak ilmu baru yang akan saya perolehi.

Sebelum terlupa, saya turut membeli buku Indonesia ‘Fatwa2 Terkini’ jilid 1 dan ‘Panduan nikah dari A – Z’. Kedua2nya sangat menarik tapi agak khuatir kurang faham bahasa yang digunakan.

 – Sehari 1 ilmu baru-

 

Rumahku Syurgaku, Shah Alam

29 Syaaban 1432H (Esok puasa sebagaimana dalam kalendar)

2:02pm

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s