B.I.G

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Bina Insan Guru di Pulau Pangkor minggu lepas 27/6-3/7/2011  sungguh menarik. Beberapa pengalaman dan pengetahuan baru yang sangat menerujakan!

Selasa 28/6/2011:

1) Orienteering: Pertama kali dengar nama aktiviti ni. Belajar membaca arah kompas. Mencari koordinasi berpandukan arah bearing. Sedikit sahaja yang dipelajari tetapi cukup bermakna.

http://www.iptb.edu.my/krs/sumber/Nota%20asas%20ringkas_Orienteering.pdf

2) Jungle Trekking: Sebelum ini dah pernah. Pengalaman pertama semasa darjah 4 tahun 1994. Tapi kali ini lebih mencabar. Selepas berjaya mendaki hingga ke puncak Bukit Segadas, kami diberi 2 pilihan. Pilihan pertama, pulang terus ke kem tapi melalui laluan berbeza daripada laluan semasa mendaki. Pilihan kedua, meneruskan perjalanan hingga ke Teluk Cina tetapi pulang ke kem menaiki bot. Asalnya pilihan kedua ini hanya diwajibkan untuk peserta lelaki tetapi kemudian diubah dengan menawarkan peluang kepada peserta perempuan juga. Peluang menaiki bot membuatkan saya memilih pilihan kedua. 

Menyambung kembara ke Teluk Cina rupanya tidak semudah yang disangka. Mental dan fizikal teruji semuanya. Sampai di tengah hutan, waktu kian menjelang senja, jalan keluar masih belum dijumpa. Masing2 memanjat doa. Akhirnya bau laut dan samar cahaya kian kelihatan. Kami selamat sampai ke pesisir pantai Teluk Cina. Masa untuk pulang…naek bot…heh. X sabo..

Sekali lagi, rancangan dibuat, tetapi DIA mengubahnya. Berita kurang gembira menyusul tiba. Laut sedang bergelora. Kami naek bot hanya di separuh jalan, kemudian diteruskan dengan teksi hingga ke Teluk Gedong. Dan sambung semula berjalan kaki sehingga ke kem. Keletihan dan kelaparan. Lama di hutan, habis segala bekalan. Labih kurang jam 9:30 malam kami tiba di kem. Alhamdulillah…berehat panjang malam tu.

Rabu 29/6/2011:

1) Kayak: Dimulakan dengan aktiviti water confident, terapung mendongak ke langit beramai-ramai sambil berpegangan tangan di dalam bulatan. Mujur giliran kami berkayak sesi pagi. Masih bertenaga mendayung kayak selaju dan sejauhnya. Rafting di tengah lautan, memaksa kami tahu cara mengemudi kayak dengan baik. Panas matahari pagi vitamin. Walaupun tanpa sunblock, warna wajah tiada berubah. Syukur…

2) Rappelling / abseiling: Yang ni paling mencabar antara aktiviti2 yang pernah saya lakukan. Ketika berada di puncak bukit, gayat sungguh. Tapi alhamdulillah saya berjaya mengatasinya.

Oklah…pening tetiba. Sekeliling menyebabkannya…

 

Shah Alam

3 Syaaban 1432H 

9:27am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s