hikmah ujian

بسم الله الرحمن الرحيم

Pipih tak datang melayang, bulat tidak datang bergolek.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

 

Bila mana ujian menimpa, istighfarlah segera

Mungkin ia kafarah dosa, atau sekadar menilai iman

DIA menguji dengan bermacam cara

Mengikut tahap kemampuan kita..

 

Bila mana ujian menimpa

Jangan diluah rasa gundah

Usah diluah keluh kesah

Elakkan diri menjauhiNYA..

 

Bila mana ujian menimpa

Segala keindahan tiada nikmat

Segala kegembiraan tiada melekat

Hanya lara yang tersumbat…

 

Bila mana ujian menimpa

Renunglah diri sendiri

Cuba bermuhasabah dan berkoreksi

Mengenang kesilapan yang tak disedari

 

Bila mana ujian menimpa

Tanda ALLAH sayangkan hamba

Diusik sikit tidak terperi sakit

Hikmat tersirat pasti terselit…

 

Bermacam jenis ujian DIA ekspresikan, ada yang mudah dan ada yang payah. Namun apa yang pasti, setiap apa yang berlaku pasti kita boleh menghadapinya. Sesungguhnya DIA yang Maha Tahu tahap kemampuan kita. Perhatikan insan lain menghadapi ujian yang tiba. Melihat kesusahan orang lain kemudian mengambil iktibar daripadanya antara cara merawat kecewa. Bukan kita saja yang merasa. Semua orang ada ujiannya mengikut tahap kemampuan masing-masing. Makin kuat imannya makin berat ujian ditimpa, dan makin besarlah ganjarannya.

Seharusnya kita sangat bersyukur, hanya diduga sedikit sahaja. Sedikit yang bagaimana? Ya..sedikit…masih tidak hilang keupayaan fungsi anggota badan, masih punya masa dan peluang untuk diperbaiki. Bandingkan dengan mereka yang sudah kehilangan semuanya. Pun begitu, sebenarnya dia juga mampu menghadapinya. Kita selalu melatah marah bila kehilangan sedikit dari harta benda. Biasa juga kita melolong dan melalak sehingga separuh gila bila sebahagian harta dirampas sekelip mata, atau pun kematian saudara, atau pun apa saja. Namun, tidak sedarkah kita bahawa semuanya itu asalnya dari DIA? Hanya dipinjamkan kita sebentar cuma, sekadar merasa dan menikmati dalam tempoh yang telah ditetapkan (أجل مسمى). Habis tempoh, expiredlah ia..

Masa ujian adalah masa yang terbaik kita kembali padaNYA. Andai sebelum itu kita buat tak tau, endah tak endah, tidak ambil peduli. Ubah sikap itu. DIA hanya mahu kita mendekatiNYA, tak banyak pun. Dan memang sewajarnya itu tugas kita. Betapa selama ini kita tenggelam dan alpa dalam nikmat kemewahan dan keselesaan, hingga segalanya hilang secara tiba-tiba. Tidak layak bagi kita mempersoalkan apa yang telah DIA tentukan. Kita hanya sekadar hamba, insan kerdil yang hina, tiada nilai di sisiNYA melainkan dengan rahmat dan kasih sayangNYA saja.

Ingatan dan muhasabah untuk diri sendiri. Menginsafi apa yang telah berlaku pada manusia2 di sekeliling, membuatkan saya sentiasa berfikir dan meneliti..

 

-إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم-

Rawang

18 Rabiulakhir 1432H

1:13am

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s