::Rasa hati::

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Minggu lepas pulang hujung minggu ke rumah, nyaris tidak dapat bertemu ummi abah. Alhamdulillah seawal 8 pagi bertolak dari Rawang, sebelum jam 9 pagi saya sudah siap memarkir di hadapan rumah.

Sedih sangat rasanya tidak dapat berhujung minggu dengan keluarga. Walaupun saya pulang untuk bertemu mereka namun ALLAH telah takdirkan mereka akan pulang ke kampung. Biasanya saya akan luangkan masa untuk berborak dengan ummi dan bermain2 dengan adik2 di rumah. Rindunya…x dapat main, peluk2 amru dan amilah, cubit2 pipi ataullah.

Masa saya dengan mereka hanya di hujung minggu. Selebihnya kehidupan saya di Rawang. Kadang2 saya rasa benci dengan kerja yang mengekang urusan2 saya yang lain yang tidak kurang pentingnya. Seolah2 kerja ini segala2nya dalam hidup. Demi kerja, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Harap saya, moga suatu hari nanti saya akan perolehi pekerjaan yang lebih  flexible.

Dunia pendidikan hampir kian sebati dengan jiwa saya. Dulu mengajar tanpa ilmu pendidikan, tanpa tahu cara pengajaran dan pembelajaran yang baik. Kini pendedahan itu kian meluas dan bertambah. Ahamdulillah…tidak rugi sebenarnya menyertai jQAF andai kita menyintai bidang ini. Saya juga asalnya dahulu meletakkan pekerjaan guru sebagai pilihan terakhir. Namun sudah DIA menetapkan rezeki saya di bidang ini, saya akan cuba berikan yang terbaik. Moga DIA memudahkan segala urusan saya, ummi abah dan adik2, rakan2 serumah, teman2 sperjuangan jQAF dan semua muslimin muslimat..AMEEN.

Taman Tun Teja, Rawang

2 Rabiul Akhir 1432H

11:12pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s