Penempatan

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah jumpa juga saya peluang untuk menyambung post seterusnya…

Setiap masalah yang menimpa seseorang itu, sebenarnya dia mampu menghadapinya. Itu memang janji ALLAH sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab suciNYA: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan apa yang mampu ditanggung olehnya” – surah alBaqarah.

Begitu juga saya yang sebelum ini pening kepala dengan keserabutan masalah yang belum berpenghujung. Namun Alhamdulillah wa syukru lillah… DIA Yang Maha Tahu menyelesaikan masalah saya satu persatu dengan cukup mudah.. Subhanallah…. saya begitu berserabut tapi rupanya jalan penyelesaiannya cukup mudah. Mungkin teknik penyelesaian masalah saya tersilap. Dulu belajar subjek creative thinking memain, ha…kan dah tak kretif bila ada masalah.

Namun dalam banyak2 cara, saya sentiasa yakin dengan buah fikiran ummi. Andai ingin membuat sesuatu keputusan, pasti ummi rujukan utama selepas memohon pertolongan daripada NYA.

Alhamdulilllah…harusnya kalimah ini sentiasa basah di bibir sebagai salah satu tanda rasa syukur pada NYA. Untuk penempatan j-QAF, Allah tempatkan saya di Rawang. Asalnya saya minta dari JPS agar ditempatkan di kawasan Gombak supaya mudah urusan ke kelas MA. Tanpa saya sangka rupanya sekolah yang ditetapkan untuk saya memang berada dalam daerah Gombak, di bawah pentadbiran PPD Gombak tetapi bertempat di Rawang…

Alhamdulillah…sesungguhnya Dia sangat tahu akan batas kemampuan saya. Sungguh tidak diduga DIA tempatkan saya satu sekolah dengan sahabat yang memang sudah sedia kenal di UIAM, Mastura binti Mohd Ibrahim. Saya dan Mastura punya perwatakan yang agak berbeza. Dia sangat peramah, berbeza dengan saya yang susah untuk berbunyi. Alhamdulillah ya ALLAH…

Untuk urusan rumah sewa saya terpaksa bergantung pada Mastura. Alhamdulillah atas usaha dia dan kawan, kami berjaya daptkan sebuah rumah flat di tingkat 8 dengan bayaran bulanan hanya rm250. Kami tinggal bertiga.

Sekolah kami masih sangat baru. Dengar cerita baru 6 bulan. Tapi betul2 atau disusun sepenuhnya hanya bermula awal tahun ini. Kuasa ALLAH, DIA hantar 10 orang guru j-QAF di sini termasuk saya dan Mastura, tetapi dari 5 IPG yang berlainan. Kebiasaannya hanya 2-3 orang sahaja untuk setiap sekolah. Guru Besar juga sangat bagus, beliau juga memahami program dan pelaksanaan j-QAF.

Moga kami dapat menimba ilmu sebanyaknya sepanjang tempoh latihan setahun setengah ini…insya Allah. YA ALLAH, permudahkanlah segala urusan kami.

-Allahumma yassir wa la tu’assir rabbi tammim bilkhair-

 

ITD Gombak

20 Rabiul Awal 1432H   

4:45pm

Advertisements

3 thoughts on “Penempatan

  1. Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh kak Qari..
    Lama sungguh tak dengar khabar akak. Akak sihat? Semoga sentiasa di dalam jagaan-Nya. Masih ingat dengan Athirah, peserta kem di Wangsa Maju??
    🙂 Akak dapat mengajar di Rawang ye? Semoga lebih bersemangat & ceria di tempat baru. Insya Allah..

    Salam rindu untuk Kak Qari. 🙂

  2. Wa`alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh wa maghfiratuh wa ridhwanah ya athirah..
    Betul..sungguh lama. Akk alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik…insya allah. Athirah pkaba? Semoga sntiasa berada dlm rhmat dan kasih sayangNYA sntiasa.
    Akk mmg x pnh lupa gn Athirah, pserta yg laen dr yg laen…=).
    Yep..skg ngaja jQAF d SK TUN TEJA, rawang. Ameen..jazakillahu khairal jaza’.
    Athirah skg tgh tunggu kputusan SPM kn?
    Moga ada rezeki untuk kita bertemu lagi. Ukhwah fillah abadan abada..insya allah
    Juga sgt rindu pada Athirah =)

  3. Alhamdulillah sihat belaka. insya Allah, akak juga semoga sntiasa dlm rahmat-Nya dan smg mningkatkan iman wa amal. 🙂 jQAF? Penah dengar, Ape tu kak? subjek atau program?
    tunggu spm? tak lah, hehe. tahun ni ambil spm. tira sebaya dgn afiah. 🙂 insya Allah. moga-moga. :)) Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s