kisah mereka }

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Dengan berakhirnya hari ini maka sempurnalah satu bulan telah berlalu bagi tahun 2011. Sungguh pantas masa beredar, tidak terkejar oleh siapa pun.

Hampir sebulan juga adik bongsu kami MUHAMMAD `AMRU SABIQ telah memulakan sesi pengajian tahun pertamanya di Sek Ren Islam Hira, Shah Alam. Rutin hariannya yang perlu bangun seawal 530 pagi masih belum boleh dibiasakan. Ada sahaja kerenah yang membengangkan setiap pagi. Boleh dikira berapa kali sahaja dia bangun dengan tenang tanpa kerenah2 tersebut. Walaubagaimana pun masih ada masa lagi untuk dia terus belajar mendisiplinkan diri.

Belum cukup sebulan lagi `ARIFAH bergelar pelajar tingkatan 1 Maahad Integrasi Tahfiz Sains, Klang. Teringat kesungguhannya dalam usaha agar dirinya terpilih menjadi warga MITS. Memang dia layak. Kami semua mengagumi kesungguhan dan ketekunannya berusaha baik dari segi fizikal mahu pun spiritual. Yang kelakar, kami kakak2 selalu menggunakan ayat ugutan, “Kalo Arifah malas buat kerja rumah, susahlah nak dapat,”. Dan dia buat. Senang je nak suruh dia buat kerja (buka buli ye…). Lagi pun dia memang special sikit kot. Tau Arifah ni, mau berkembang hidungnya yang sudah sedia kembang. Bila ketiadaan dia di rumah semenjak masuk asrama, sume orang di rumah ni sangat rasa kesunyiannya. Terutamanya Amilah yang dah macam kawan baik. Sikit2 Arifah… Arifah pun sama, sikit2 Amilah. Yela…tinggal itu je budak kecil perempuan kat umah ni. Amru pulak dengan Ataullah.

MUHAMMAD `ALQAMAH sudah menamatkan zaman persekolahannya. Selepas beberapa hari dok berlingkar kat umah, ummi paksa dia cari kerja sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. Mudah sunguh… Dapat kerja sebagai pembantu di restoran Cina muslim al-Munawwarah seksyen 9. Namun tidak cukup sebulan, sudah tidak sabar mahu berhenti. Bermacam alasan yang diberi, konon bukan salah sendiri. Akhirnya kini sudah berganti. Mungkin yang ini menepati kehendak hati. Kerjalah elok2 ye dik…

Penerus waris saya dan Adilah di UIA, `AFIFAH. Rasanya sudah lebih sebulan menjadi komuniti UIA Gombak. Sebelum ni di matrikulasi Nilai. Nampaknya sejak bertukar kampus, kesibukannya lebih ketara. Lebih2 lagi bila dijadikan kampus lamanya sebagai tempat wajib lawat bila cuti. M…makin jaranglah wajahnya menjengah ke rumah masa cuti. Sekarang cuti pertengahan semester sudah bermula tapi janjinya untuk pulang hari ini masih belum dikota. Apa sahajalah alasan kamu ye Afifah…

Hafizah bakal pulang ke lubuk asal. Siapa ye? Jeng3… itu dia orang yang paling sibuk dan paling susah untuk berada di rumah dalam tempoh yang lama. Dia baru bergelar al-hafizah, yang keempat selepas Allamah, `ABIDAH! Selamat kembali. Kepulanganmu dinanti untuk berbakti pada abah ummi dan sume sekali… Saya faham perasaannya. Akan meninggalkan pusat pengajian yang selama ini banyak memberi semangat dan kekuatan dalam diri, suatu kesedihan yang perlu dihadapi walau bersedia atau tidak. Sesungguhnya ia pasti. Akak juga pernah mengalaminya. Mungkin apa yang dirasa, tidak sehebat yang hang rasa. Namun percayalah…semua itu pengalaman untuk hang menghadapi dunia luar yang sangat mencabar. Jangan dilupakan hak mereka yang sepatutnya hang tunaikan…

Rusuhan di Mesir, meningkatkan lagi kebimbangan kami akan keselamatannya. Sudah lama `ALLAMAH tidak menghubungi abah dan ummi. Apalah khabarmu.. Moga selamat dan sihat sejahtera juga dibawah naunganNYA sentiasa. Kepulanganmu tika walimahku sangat dinanti. Hampir 2 tahun hanya mendengar suara, cukup membuat rindu abah ummi menggunung. Namun kepulanganmu ditagih bukan atas dasar itu. Bahkan ia demi tanggungjawabmu pada keluarga. Kau harus belajar banyak perkara, bukan sekadar apa yang dituntut di Jami`ah itu. Banyak beban abah perlu kau galas. Pulangmu nanti untuk belajar juga, bukan di pusat tertentu tetapi dari pengalaman. Semoga DIA memanjangkan usiamu dan memudah segala urusan. Insya Allah…

Adikku yang paling besar. Sewajarnya walimahnya serntak denganku. Mungkin belum sampai waktu. Kita hanya mampu usaha dan doa, tapi DIA jugalah penentu segala. `ADILAH kini sudah bergelar optometris bertauliah. Jadi kebanggaan ummi dan abah, juga contoh ikutan adik2 di bawah. Rezeki mudah, anggaplah hadiah. Peluangnya luas, matlamatnya jelas. Semoga berjaya…

Buat adik2ku yang selebihnya – `AFIAH tingkatan 5  dan `ASIM tingkatan 3 di SAMTTAJ, `AMILAH tahun 3 dan `ATAULLAH tahun 5 kedua2nya kini masih SRAI depan rumah. Afiah dan Asim akan menghadapi peperiksaan besar tahun ini. Tingkatkan usaha semampu daya. Tiru macam Arifah (jgn kembangkan hidung ye Arifah)…

Berapa jumlah adik2 saya kesemuanya? Berapa? Eh…silap tu. Ada seorang lagi yang tidak saya sebutkan di sini. Tempatnya bukan di sini. Dia juga tidak perlu bersusah payah lagi menempuh dugaan hidup yang kian hari makin mencabar. Untuknya telah tersedia tempat di syurga. Dia juga merupakan saham ummi dan abah di dunia sana.

Siapa yang menjadi punca kelahiran mereka ini termasuk saya? Tepat sekali! Ummi yang kian uzur, abah yang kian berumur kesan dari melahirkan kami semua. Moga diri kalian berdua sentiasa dalam redha dan berkatNYA. Tiada balasan dan ganjaran yang setimpal mampu kami hulurkan melaenkan hanya DIA yang tahu nilaiannnya. Kami sayang kalian…

-“Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah: ayat 83)-

 

Rumahku Syurgaku

25 Safar 1432H

425pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s