Titk bengik permulaan…

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah minggu orientasi untuk semua pelajar kpli dan j-qaf ambilan Januari 2011 telah berakhir. Sepanjang tempoh orientasi berlangsung, rasa tidak selesa yang bersangatan lebih memonopoli. Apa pun yang berlaku, semuanya telah berakhir.

Minggu depan kena masuk maktab semula untuk sesi taklimat seterusnya. Mungkin kali ini lebih selesa kerana tiada peraturan seketat semasa orientasi. Mudah2an begitulah…

Teringat susah payah untuk mendapatkan tawaran j-qaf.

Mula2 kena pergi ambil M-Test di Sekolah Menengah Raja Zarina (eh..yeke? ingat2 lupalah nama sekolah tu). Untuk lulus test ni, perlu rajin buat latihan. Buku M-Test boleh dibeli dari kedai buku. Kalau kat kawasan sini boleh cari di MRKB seksyen 19. Tapi saya dulu, alhamdulillah tak payah beli. Ada sorang kawan sama2 mengajar di SRAI D’MYS masa tu bagi pinjam buku. Kak Lin nama dipanggil. Dia pun sepatutnya dapat panggilan M-Test KPLI, tapi dia x g. X pe la sebab lepas tu dia dapat DPLI bawah UPSI kerjasama dengan JAIS. Rezeki masing2… Walau apa pun, yang perlu diyakini, tidak semestinya rajin buat ulangkaji konfem dapat. Dan tidak juga seandainya tidak ulangkaji tidak dapat. Saya pun tengok2 camtu je. Apa yang penting sebenarnya ialah doa.

Lepas dah selesai M-Test, saya sendiri memang tidak yakin akan dapat sebab balik ke rumah hari tu dalam keadaan yang sangat pening. Kesan dari pemerahan otak untuk menjawab soalan2 M-Test yang sangat mencabar. Jadi, bila x yakin dengan jawapan, x yakinlah juga ada peluang untuk dapat.

Selepas dari itu, saya terus mohon untuk sambung MA. Hati sudah terlalu membuak-buak untuk kembali belajar. Otak hampir menjadi karat kerana kurang digunakan dengan sewajarnya. Awal Disember 2010, saya memulakan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan secara separuh masa. Ijazah awal saya ialah Ilmu Wahyu dan Warisan tetapi saya tidak menyambungnya di peringkat ini. Hati saya telah ‘terjatuh’ atau dengan perkataan yang lebih tepat ‘terpaut’ dengan dunia pendidikan selepas bergelar pendidik selama 7 bulan.

Tiba2 tanpa disangka, seorang kawan memberitahu yang keputusan M-Test telah keluar. Saya meminta dia tolong cekkan keputusan saya. Meskipun langsung tidak mengharap, sekurang2nya saya mahu tahu sejauh mana kemampuan saya menjawab soalan2 M-Test. Subhanallah…lagi sekali tiada disangka, saya lulus dan perlu menghadiri sesi temuduga di IPG Bangi. Bermula dari itu, terbit satu sinar mengharap agar sinar itu benar2 memberi sinaran yang begitu memukau.

Sebagai persediaan awal, saya meneliti peta untuk ke tempat temuduga. Risau juga kerana itu kali pertama saya akan ke sana memandu sendiri. Seorang kawan mencadangkan agar saya pergi ke sana sehari sebelum untuk meninjau tempat. Hampir sahaja saya bersetuju dengan cadangannya sebelum tiba2 muncul idea lain yang lebih menjimatkan kos. Untuk ke sana perlu melalui dua laluan bertol yang mana jumlah perginya sahaja melebihi rm6. Memandangkan keadaan kewangan saya yang hanya nyawa2 ikan, terpaksalah saya memirkan tindakan lain yang lebih bijak.

Hari temuduga tiba. Selepas subuh saya bertolak. Ma’thurat diselesaikan dalam perjalanan. Misi saya perlu sampai ke sana sebelum tiba masa jam 8 pagi. Dengan berpandukan panduan dari salah seorang teman baik, Sali Safira bt Lamsah, saya bertawakal. Berlaku kesesatan, telah saya duga dari mula. Namun untuk menyerah tidak sekali. Alang2 sudah bergerak, cubakan juga sampai ke destinasinya. Malu bertanya sesat jalan. Itulah penyelesaian terbaik yang dirasa. Alhamdulillah…pencarian saya membuahkan hasil.

Tepat jam 8 pagi saya tiba. Sesi temuduga dimulakan selepas cukup jumlah peserta untuk sesi pagi. Soalan yang dikemukan terdiri dalam 3 bentuk. 1) secara lisan beramai2    2) bertulis    3) lisan perseorangan. Untuk semua calon bahasa arab dan pendidikan islam, diwajibkan membina 1 karangan di dalam bahasa arab. Kesemuanya selesai selepas jam 10 pagi. Untuk menjadikan kekocakan hati saya lebih menarik, saya telah tertinggal gambar ukuran paspot yang perlu dibawa bersama, sijil2 kokurikulum dan kepimpinan langsung memang sengaja ditinggalkan. Tetapi itulah sijil2 yang sebenarnya memberi markah tambahan. Dari segi penilaian sijil, saya cuma beroleh 15/50. Hu2. Kelihatan seperti sinar yang diharap mungkin akan sirna.

Dan akhirnya….17/1/2011 keputusa telah dikeluarkan. Subhanallah…sinar kembali menyinar. Namun dilema pula menyelubungi ( Telah saya kisahkan di post yang sebelum ini).

 

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

Ucapan tahmid dan takbir meniti lancar di bibir tanda syukur atas kurniaNYA.

 

Rumahku Syurgaku

24 Safar 1432H

11:04pm

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s