akhirnya…

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillahi `ala kulli ni’mah..

Akhirnya kedilemaan saya berakhir. Atas bantuan cadangan dan hasil perbincangan dengan ummi dan abah, satu masalah selesai. Terima kasih ummi dan abah yang turut sama memerah otak mencari idea demi untuk memecahkan kebutuntuan akk. Juga tidak dilupakan kepada adik beradik dan sahabat andai yang telah mendoakan kejayaan saya. Moga urusan kalian akan sentiasa dipermudahkanNYA dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda…ameen.

Sebaik saja keputusan dibuat petang 20/1/2011, terus saya semak senarai tindakan yang perlu diambil. Masya allah..banyak sungguh. Biasalah…buat keputusan di minit2 terakhir camnilah jadinya, kelam kabut.  Langkah pertama, draf surat berhenti kerja notis berhenti 24 jam. Kemudian senaraikan kerja2 yang agak2 sempat disiapkan dlm tempoh sebelum pejabat ditutup esok.

Semalam 21/1/2011, bantuan terakhir sebelum berakhirnya khidmat sebagai guru KAFA di  SRAI D’MYS ialah menemuduga guru-guru yang akan mengajar tusyen iqra’ di sekolah. Abes je, terus kemas2 barang. Banyak juga rupanya..tak sangka pulak sebanyak tu. Siap je, terus ajak K. Yan temankan pergi beli setem hasil. Disebabkan tak tau, saya dah terbazir masa pergi plaza perangsang. Rupanya nak beli setem hasil kat pejabat pos. Satu hal lagi…tak ingat plak mana letaknya pejabat pos kat sini. Pusing2 sekitar pusat bandar Shah Alam, tanya2 orang, akhirnya sampai juga ke pejabat pos. Elok je lepas beli setem hasil 5 keping X RM10 = RM50, ditakdirkan ALLAH terjumpa pulak kawan K. Yan yang dapat JQAF kat situ. Dia tengah uruskan kiriman wang untuk pembayaran yuran. Ha…kena buat money order ke?! terkejut saya. Cek2 beg duit…SUBHANALLAH de RM250..x dsangka. Terkurang RM50 sebab dah beli setem hasil tadi. Mengagau cari Rm50 untuk cukupkan RM300. Apalagi, “Kak Yan, pinjam RM50,”. Korek2..ALHAMDULILLAH cukup. Setakat ni baru 3 kerja selesai.

Sian K. Yan yang dah rancang nak balik umah awal, risaukan anak2. Akhirnya jadi lambat sebab terpaksa tunggu saya. Siap urusan di pejabat pos, saya anta K. Yan balik. Sebelum ke destinasi seterusnya, solat zohor dulu di seksyen 18. Usai solat, sambung ke BSN di seksyen 17. Kecil je banknye tapi ramai orang beratur menunggu giliran, agak sesak. Lebih kurang sejam lebih kt situ, ALAMDULILLAH akaun BSN siap diaktifkan. Teringat Guru Besar suruh isi borang serah tugas, saya bergegas kembali ke sekolah mengejar masa sebelum berakhirnyawaktu pejabat. Dan akhirnya…setakat ini saja buat hari ini (semalam) yang mampu saya selesaikan.

-بسم الله توكلت على الله –

– رب يسر ولا تعسر فإن التيسير عليك يسير رب تمم بالخير –

 

بيتي جنتي

16 Safar 1432H

12:28pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s