Alhamdulillah…

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Pagi tadi telah berlangsungnya mesyuarat guru kali ke-4 bagi tahun 2010 di bilik mesyuarat SRAI D’MYS yang membincangankan banyak perkara.

Salah satunya ialah penerangan berkenaan dengan hari pembayaran yuran yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Januari 2011, hujung minggu ni. Setiap guru bertugas dibekalkan dengan tiga buah buku resit yang masing2 digunakan untuk bukti pembayaran yuran sekolah, yuran PIBG dan bayaran buku2. Kami diterangkan cara2 penggunaan yang sewajarnya. Kedengaran seperti agak rumit tetapi saya berasa teruja untuk menghadapinya…

Dalam masa perbincangan sedang dijalankan, tiba2 Guru Besar memanggil saya ke tepi. Beliau ketika itu keluar sebentar dari bilik mesyuarat untuk urusan laen. Berdebar juga rasanya bila dipanggil, sebab saya tiba selepas 1 jam mesyuarat bermula (biasalah orang bersalah sentiasa berasa tidak tenang..hu2). Namun debaran itu tiada erti rupanya. Saya dipanggil untuk diberi wang sagu hati kerana telah menyediakan soalan Bahasa Arab tahun 1 untuk MGB (Majlis Guru Besar). Alhamdulillah…sungguh tidak disangka.

-Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang-

إن مع العسر يسرا

 

Rumahku Syurgaku, sek. 19 Sha Alam

24 Muharram 1431

7:05pm

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Alhamdulillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s