RINDU ~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Setiap kali menjejak kaki ke bumi Taman Ilmu dan Budi pasti rasa sayu datang menggamit, bermacam kenangan terlayar sendiri. Bagaikan tayangan video dimainkan semula tanpa dipaksa. Beginilah rasa yang dialami ummi dan abah di saat menceritakan memori silam mereka yang sentiasa utuh di jiwa. Kisah abah yang sering beliau ulang2 membuatkan kami sudah hafal dan mencadangkan agar pengalaman itu dibukukan kesemuanya.

Antara yang paling dirindui ialah…sahabat yang sangat tulus hati dan budinya, Kak je. Rindu dengan dia. Rindu sangat. Terakhir jumpa sem lepas sebelum saya daftar kemasukan MA di masjid UIAM tingkat 3. Kami bertukar2 cerita selepas hampir setahun tidak bertemu bermula selepas saya bergelar graduan.

Kemudian, rindukan bilik sendiri. Hari ini saya terpaksa menumpang tidur di bilik kawan disebabkan ketiadaan bilik sendiri. Sayang sangat dengan mahallah Asiah. Sampaikan kalau tidak jumpa bilik yang boleh ditumpangi di sini, saya sanggup lagi tidur di musolla atau pun bilik tv Asiah daripada menumpang bilik kawan di mahallah laen. Teringat kenangan dengan Mastura, yang sudi turun UIA untuk meneman saya berkelana di musolla Asiah. Hu2.. (Mas, ko ingat x? Aku dah tergelak2 dah ni…)

Dan lagi kenangan yang tidak mungkin terpadam, keindahan siraman rohani yang dicurahkan oleh ikhwah akhawat Quranic Youth Club. Gemilangnya ukhuwwah, hebatnya mahabbah, semuanya terpancar indah. Jazakumullahu khairal jaza’ kepada semua ahli terutamanya akhawat senoior dan sezaman dengan saya. Antaranya Wardah yang sangat sabar melayan kerenah degil saya, juga kak Tim yang sentiasa tenang lagi menenangkan, tidak ketinggalan kak Hajar yang setiap tiap butir katanya sentiasa terkandung hikmah, Ida yang kecil cili padinamun semangatnya sering berapi, kak Je sahabat terbaik saya yang sangat dirindui, Hajar, Sabiqah, Kak Bee, kak Aisyah, Kak Maz, Asma’, Zaihan, Nisa, Khaty dan ramai lagi sebenarnya. Wajah2 mereka sentiasa terpampang memberi dorongan agar tidak terpesong dari jalan ini. Moga kalian semua juga tetap thabat dan sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah dari NYA. Ameen insya allah..

Rindu untuk menghadiri kelas2 fiqh dan usul fiqh yang dulunya saya selalu sahaja bermain2. Teruk betul.. Sayangnya membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja. Benda yang paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu, tidak mungkin dapat dikejari. Moga diampunkan dosa2 guru2, pensyarah2 dan mereka yang banyak berjasa sepanjang saya mula menuntut ilmu sehingga kini. Tidak ketinggalan insan yang paling berjasa yang tidak tertanding oleh sesiapa, ummi dan abah. Moga semuanya dilimpahi rahmat dan barakah dariNYA. Allahummaghfirlahum wa`afihim wa’fu `anhum.

Tapi buat masa ni yang saya nak sangat jumpa, Kak Je..   (Kak Je dah bertolak ke Sabah ke? Doakan kita dapat menyusul kak Je ke sana. ) Beliau sudah bersuami dan punya seorang bayi lelaki.

– Moga saya dapat bertemu dan berkongsi banyak perkara dengan dia-

 Bercelaru..

 

ITD, UIAM

21 Muharram 1432H   

3:35pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s