ISSUES IN ARABIC GRAMMAR

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Masuk minggu ni sudah tiga kali saya hadir ke kelas “al-Qadaya fi `Ilmi al-Nahw”. Secara jujur, otak saya terasa agak berat kerana masih belum dapat mencerna ilmu yang tiga hari ini dengan baik. Mungkin kerana penguasaan saya dalam bahasa arab sangat kurang, ditambah lagi dengan belajar subjek yang sudah sangat lama saya tinggalkan.

Walau apa pun kesyukuran tidak terhingga tetap saya rafa’kan ke hadratNYA kerana mengurniakan sahabat sekelas dari Tunisia yang sangat sudi membantu saya mengatasi kelemahan ini. Beliau menjadi pensyarah kedua kepada saya selepas pensyarah asal subjek ini. الحمد لله على كل حال..

http://www.arabic-keyboard.org/ – link untuk taip tulisan arab. Alternatif kalo tak install arab.

Dalam kelas ini cuba ada empat orang pelajar, yang mana hanya saya seorang yang masih belum fasih berkomunikasi dalam bahasa al-Quran. Hu2. Dan saya satu2nya pelajar Melayu. Malu den..kena struggle abesla, kalah Afifah (adik saya yang baru meneruskan pengajian dari matrikulasi UIAM di Nilai ke kampus utama Gombak).

 

مدخل الى المادة ويشمل تعريف النحو، تاريخ وأسباب وضعه كعلم – مرحلة التعقيد، الفائدة من تعلمه.1

Bab pertama sudah selesai dengan pantas sekali. Alhamdulillah tajuk ini masih dalam batas kemampuan saya untuk memahaminya dengan mudah.

Ustaz Ismail telah membahagikan tajuk untuk setiap pelajar. Dan setiap kami wajib membentangkan tajuk2 itu dalam kelas. Itu perkara biasa tapi saya tetap berasa gerun kerana semua mereka tidak memahami bahasa saya dan risau juga kalau susunan ayat saya nanti mereka tidak faham. Apa2 pun, اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ  سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ  إِذَا شِئْتَ سَهْلا. Moga Allah Taala memudahkan urusan saya.

Tajuk yang diberikan:-

1.  مسألة المنادى المفرد، والمنادى المضاف إلى ياء المتكلم، ونداء “أب وعم وأم”.

2. مسألة الاشتقاق; أصل الاشتقاق، الفعل أو المصدر.

Wallahu a`lam..

[Doa34.jpg]

 

ITD UIAM

21 Muharram 1432H   

6:22pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s