~Pintu Terkunci~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Seperti yang termaktub dalam jadual sebelum ni, kelas saya hari isnin ialah jam 5:30-8:30pm. Seperti kebiasaan saya akan bertolak lebih awal untuk mengelakkan terlibat dalam kesesakan lalu lintas yang sangat memenatkan.

Alhamdulillah bertolak lebih kurang 3:30pm dari rumah dan berjaya samapai ke UIA sebelum 4pm. Sempat dalam perjalanan tadi bertembung dengan satu kemalangan yang telah meremukkan kereta2 yang terlibat. Syukur setingginya pada Ilahi kerana bukan saya yang terbabit dalam kemalangan tu. Hanya ucapan INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI’UN  dan ALHAMDULILLAH yang sempat saya lafazkan tatkala lalu di kawasan tu tadi.

Sebaik sahaja kereta saya elok diparkir, saya matikan enjin, buka pintu dan dengar radio sebentar sebelum keluar. Setelah bersedia untuk keluar, radio dimatikan dan terus keluar lantas mengunci pintu sekali. Dari luar kereta ternampak sesuatu yang membuatkan mata saya terbeliak terkajut. “Ha..kunci kereta masih belum ditanggal!,” saya tergamam. Sudahlah tidak punya kunci pendua.

Otak saya bergerak ligat memikir cara untuk melepaskan diri dari belenggu masalah. Langkah pertama, saya call abah. Seperti biasa, abah hanya mencadangkan agar saya memecahkan tingkap atau pun telefon orang lain di samping menceritakan kebaikan dan kelebihan punya kunci pendua. Ok, saya ikut cadangan abah.

Disebabkan saya ini sangat penyegan orangnya, saya meninjau dulu jenis2 orang yang saya kurang segan untuk diminta tolong. Akhirnya terlihat seorang wanita lalu berdekatan dengan kereta saya. “Sis..minta maaf ganggu jap. Nak tanya tau tak camne nak buat kalo kunci kereta tertinggal kt dalam eh?” tanya saya dengan penuh keseganan. “Eh..saya pernah jadi macam ni dulu. Awak kena cari benda panjang yang keras. Pergilah beli pembaris besi yang panjang, saya tunggu kereta awak sat,” beliau menghulurkan bantuan penuh simpati.

Dipendekkan cerita (asal memang nak buat sinopsis je tapi terjadi karangan pula), saya telah berjaya mengeluarkannya sendirian berpandukan nasihat wanita tadi. Caranya sangat mudah. Bagus untuk dikongsi di sini tapi risau pula kalau ada sesiapa yang berniat songsang.

Waktu kelas semakin hampir tiba. Masa untuk masuk kelas…

– Segala puji bagi Allah atas semua perkara, dan kami berlindung denganMU dari keadaan ahli neraka-

 

Lab Education, UIAM Gombak

20 Muharram 1432H   

5:25pm

Advertisements

2 thoughts on “~Pintu Terkunci~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s