~sudah dewasa~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Kembali bergelar mahasiswi selepas setahun gelaran itu terlucut. Rindunya suasana kehidupan di UIAM dulu. Meskipun kembali memegang status ini cara hidup tentu tidak sama lagi seperti dulu. Dengan peningkatan usia, bertambah jua tanggungjawab. Banyak yang perlu saya kukuh dan kayakan dalam diri demi menempuh perjalanan hidup yang masih lagi jauh.

Hidup ini bukan mudah. Selama ini banyak yang saya mudah2kan walhal ia tidak boleh begitu. Bukan lagi masa untuk bermain2. Zaman remaja telah lama berlalu. Zaman memenuhi tanggungjawab pula bertukar ganti. Melalui hidup di atas kaki sendiri. Diri semakin dewasa, banyak perkara yang tidak boleh dipandang lewa.

Dalam mengejar beberapa perkara yang rasanya makin terhad tempohnya, menjadikan saya lebih mengoreksi tujuan hidup. Apa yang ingin dicapai sememangnya bukan matlamat tapi sebenarnya alat untuk mencapai matlamat. Makna hidup tidak boleh dihentikan selepas punya keluarga sendiri. Melihat kepada fenomena yang sering berlaku ini, saya menjadi bimbang. Risau hidup yang masih terumbang ambing ini akan berakhir seperti kebanyakan mereka itu.

Banyak perkara yang semakin kerap bermain di benak fikiran. Kesimpulannya hidup tidak mudah. Hidup bukan hanya untuk mengejar kepuasan dan kesenangan diri sendiri sahaja. Masa depan umat Islam seluruhnya juga wajib termasuk dalam agenda.

Teringat masa pendaftaran peringkat ijazah sarjana muda dulu. Semuanya abah yang bertungkus lumus uruskan. Masuk tak tahu apa2. Tapi alhamdulillah abah telah banyak membuat aku rasa terharu. Jazakallahu khairal jaza’ abah. Kakak tak mampu nak balas setimpal dengan jasa2 abah, moga Allah menganugerahi abah ganjaran yang tiada bertepi. Moga abah diberkati, dirahmati, diredhai dan dan dibahagiai di dunia wal akhirah..

Pengorbanan abah dalam bidang lain, manakala jasa ummi pula dalam bidang berbeza. Sesungguhnya jasa mereka berdua ni memang tidak boleh disangkal. Dalam usia saya yang semakin lanjut, masih lagi bernaung di bawah susah payah kalian. Jazakumullahu khairal jaza’ menerima kakak seadanya.

Mudah2an Allah Yang Maha Luas Rahmat dan kasih sayangnya memudahkan urusanku..

-katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diberanakkan. Dan tidak seorang pun yang setara dengan DIA.- (terjemahan surah al-Ikhlas: 1-4)

ITD, UIAM Gombak

2 Muharram 1432

1pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s