~ nawaitu ~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Setiap kali keinginan untuk menulis membuak, pasti waktu itu saya sedang berjauhan dari buku maya ni. Namun bila mana sedang mengadap buku maya, seakan hilang berterabur idea2.

Tapi xpe..saya cuba me’refresh’ balik apa yang nak sangat ditulis tadi.

Perbincangan dalam halaqah tadi memang sangat terkesan di jiwa. Jap…imbas kembali pengisian IHES..jiwa makanannya taqwa. Lebih menambah resah bila satu  hadith panjang dibacakan.

Muslim meriwayatkan daripada hadis Abu Hurairah r.a: Saya mendengar Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya manusia pertama yang dibicarakan pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat2nya. Dia pun mengakuinya. Allah berfirman: “Apakah yang telah kamu buat dengan nikmat2 itu?” Dia menjawab: “Aku berjihad di jalanMu sehingga aku mati syahid”. Allah berfirman: “Bohong! Tetapi kamu telah berperang supaya kamu digelar orang yang berani dan itulah yang telah dikatakan kepadamu”. Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret atas mukanya hingga dihumban ke dalam neraka.

Dibicarakan pula seorang lelaki yang telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa untuk dihisab. Allah memperingatkannya tentang nikmat2nya, lalu dia mengakuinya. Allah berfirman: “Apakah yang telah kamu lakukan dengan nikmat2 itu?” Dia menjawab: “Aku mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMu.” Allah berfirman: “Bohong! tetapi kamu mempelajari ilmu supaya kamu digelar alim. Kamu membaca al-quran supaya digelar qori. Itulah yang telah dikatakan kepada kamu”. Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret atas mukanya hingga dihumban ke dalam neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah beri kesenangan dan pelbagai jenis harta. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat2nya, dan dia mengakuinya. Allah berfirman: “”Apakah yang telah kamu lakukan dengan nikmat2 itu?” Dia menjawab: “Aku tidak meninggalkan sesuatu jalan kebajikan yang Engkau sukai melainkan aku bersedekah kepadanya keranaMU.” Allah berfirman: “Bohong! tetapi kamu buat begitu supaya kamu digelar pemurah, dan itulah yang dikatakan kepadanmu.” Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret atas mukanya hingga dihumban ke dalam neraka.

Diriwayatkan bahawa apabila Muawiyah r.a. mendengar hadith ini, beliau menangis sehingga pengsan.

Hadith ini disalin semula dari buku ‘Himpunan ilmu dan hikmah huraian 50 hadith jawami’ al-kalam’ karangan Imam Ibn Rajab al-Hanbali.

Saya membayangkan betapa gerunnya hadith ini. Muawiyah r.a. sahabat nabi yang dijamin syurga begitu takut apatah lagi kita yang selalu bersikap seperti yang disebutkan di atas. Darah saya berderau. Fikiran saya kurang stabil memikirkannya.

Ya Allah… Kumohon ampun atas segala ketidak ikhlasanku. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

-استغفر الله رب البرايا استغفر الله من الخطايا-

 

seksyen 19, shah alam

27 zulhijjah 1431

1:45am

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s