– IHES –

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

 

Alhamdulillah atas segala nikmat yang dianugerahknNya…

Tiga hari menginap di hotel De Palma Ampang baru2 ni, berjaya membuatkan minda saya berkerja lebih masa berbanding sebelumnya.

Bukan keseronokan tidur di dalam bilik berhawa dingin mahu pun kemewahan makanan yang pelbagai rasa yang membuatkan saya tidak boleh lupa, namun ada agenda lebih besar yang menguasai sebahagian besar ingatan.

Selama tiga hari dua malam kami, guru2 SRAI DMYS didedahkan kepada modul2 awal antara langkah2 menuju  kepada perlaksanaan Sistem Integrasi Holistik di sekolah oleh pegawai JAIS yang terlibat. Pengisian cukup menyeronokkkan meskipun terlalu ilmiah sehingga memerlukan masa untuk mencernanya. Namun saya tidak punya masalah. Bahkan keterujaan untuk mengetahui dengan lanjut lebih memonopoli.

Untuk mencapai sasaran IHES bukan sesuatu yang mudah. Sekurang2nya 11 kali kursus berkaitan yang wajib dihadiri tidak termasuk ceramah2 ringkas sebagai follow up agar tidak lupa.

Mendengar ceramah2 yang disampaikan bermula dari Selasa petang sehingga tengahari tadi, saya sangat faham bahawa satu anjakan paradigma harus dilakukan. Mujahadah dan pengorbanan sangat perlu dalam demi mencapai objektif dan keberkesanannya.

Memetik satu kata2, “sesungguhnya Allah tidak melihat kepada hasil tetapi Dia melihat kepada usaha dalam melakukan sesuatu.” Mengikut jangkaan prog IHES hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya lebih kurang dalam masa tiga tahun atau lebih. Meskipun kedengaran tidak terlalu lama tetapi pelbagai kemungkinan barangkali akan berlaku sepanjang tempoh itu. Namun mengundur diri tidak sekali melainkan jika ada aral yang melintang atau punya peluang lain yang mendatang.

Apa itu IHES sebenarnya? Maaf, saya belum mampu untuk menghurainya kerana pengetahuan yang ada hanya 1% baru diperolehi. Walau apa pun cukuplah sekadar saya memberitahu bahawa IHES ialah suatu sistem pendidikan yang insya allah akan membentuk diri menjadi individu mukmin yang cemerlang akademik dan sahsiah dirinya. Dan apa yang pasti sumber rujukannya yang utama adalah al-Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w.

– والآخرة خير لك من الأولى – والآخرة خير وأبقى –

 

seksyen 19, shah alam

19 zulhijjah 1431

2:23am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s