::insiden eidul adha~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah atas ni’matNYA yang masih lagi memberi saya peluang untuk meneruskan kehidupan yang kian meranjau. Moga DIA memberi saya kekuatan menghadapinya.

10 Zulhijjah 1431 bersamaan dengan 17/11/2010 – rabu, kami sekeluarga menunaikan solat sunat eidul adha di masjid berdekatan. Meskipun dekat tapi disebabkan telah kelewatan maka terpaksalah menggunakan khidmat AtoZ kesayanganku. Alhamduillah sempat sampai sebelum solat bermula.

الله اكبر الله اكبر الله اكبر

لا إلـه إلا الله والله أكبر

الله اكبر ولله الحمد

الله اكبر الله اكبر الله اكبر

الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا

وسبحان الله بكرة وأصيلا

لا إلـه إلا الله ولا نعبد إلا إياه

مخلصين له الدين ولو كره الكافرون

لا إلـه إلا الله وحدة

صدق وعده ونصر عبده

وأعز جنده وهزم الأحزاب وحدة

لا إلـه إلا الله والله أكبر

الله أكبر ولله الحمد

Gema takbir sungguh menggetar jiwa

Lantas terasa keagungannya

DIAlah Allah Yang Maha Kuasa

Agungnya DIA tiada tara

 

Usai solat, disempurnakan dengat khutbat eid. Biasa la khutbah2 di Malaysia ni, baik khutbah Jumaat mahu pun khutbah raya, pasti ada yang kepalanya menunduk ke bawah. Terlalu khusyu’ sehingga terkeluar dari kesedaran. Tmasuk la saya…walau pun cuba menahan sehabis daya, namun tewas jua akhirnya. Teringat masa kat UIA dulu, ada berapa kali semasa khutbah Jumat saya langsung tak tidur disebabkan khutbah yang disampaikan sangat menarek. Rindu zaman silam…

Selesai semuanya, para jamaah bersalaman sesama mereka. Luar kawasan masih ramai orang berpusu-pusu keluar, sehinggakan saling bertolakan antara lelaki dan wanita. Demi mengelakkan diri terlibat, saya, umi dan adik2 melaksanakan solat sunat dhuha terlebih dahulu.

Abes saja solat, masjid telah benar2 lengang. Dan hanya tinggal AtoZ saya sahajatersadai di tepi jalan. Heh.. Elok je kunci dipulas untuk menghidupkan enjin tiba2… eh, awat tak hidup ni? saya kaget. Memang tak mau hidup. Dipulas beberapa kali hasilnya tetap sama. Akhirnya saya ajak umi dan laen2 pulang berjalan kaki. Kesian ummi, bukannya sihat sangat. Maaf ummi…akk tak sengaja..

Kepada abah saya khabarkan perihal AtoZ sebaik beliau pulang dari bergotong royong melapah daging. Tanpa melengahkan masa abah mengajak saya menjenguk AtoZ yangg berpanasan tersadai di tepi jalan. Kesian AtoZ..

Alhamdulilllah selesai sudah masalah yang kecil saja sebenarnya. Jazakallahu khairal jaza’ abah.

Kesyukuran yg tidak terhingga saya rafa’kan pada Rabbul `alamin kerana insiden berlaku berdekatan dgn rumah, ada abah yang boleh saya minta tolong. Seandainya berlaku di tempat laen…wallahu a’lam.

– والله خبير بما تعملون –

seksyen 19, shah alam

14 zulhijjah 1431

12:49pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s