~ Meredah perjalanan ~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Cuti baru2 ni telah menguji ketahanan kemampuan AtoZku meredah bumi Allah yang luas ini. Perjalanan yang memakan lebih kurang empat jam benar2 menguji kelasakan kereta tuaku. Tua mana pon,kutetap sayang padamu oh AtoZku…

Semasa perjalanan pergi menuju ke destinasi felda mayam, Temerloh, Pahang, baru mahu berkenalan dengan kemampuannya.  Permusafiran yang banyak melalui kawasan berbukit memang cukup mencabar. Dengan menggunakan gear pada penggunaan biasa, 40km/j gear 4, kereta terasa seperti sedang membawa muatan berat, lebih berat dari lori. Sepanjang pendakian kami bagaikan orang tua yang bertatih dengan tongkat, sangat payah untuk bergerak. Namun sebaik melepasi kawasan, AtoZku meluncur laju meninggalkan kereta laen di belakang. Seronok, sehingga mencecah 140km/j tanpa sedar. Alhamdulillah kami selamat sampai tanpa sebarang kecelakaan..

Untuk perjalanan pulang keesokannya, saya sudah mengenal pasti cara menangani keberatan semasa pendakian. Hanya menggunakan gear rendah 3. Dan jika masih lagi berat rendahkan lagi ke gear 2. Alhamdulillah teknik itu sangat berkesan. Tiada lagi perumpamaan dengan orang tua.

Tambah menarek semasa pulang bila mana abah dan ummi telah sudi membawa kami bermandi manda di hutan lipur lentang. Sampai sana telah petang. Kami tanpa membuang masa berendam dan bermaen air sehingga hampir maghrib. Solat maghrib dan isya diqasar jama’ taqdimkan di surau berdekatan. Adik saya Asim sempat lagi meninggalkan kenangannya di sana dengan tertinggal dua helai pakaian kegemarannya di situ, tiada perasan.  Dah sampai rumah baru teringat. Waduh…sudah terlambat adikku…

Demikian cuti deepavali yang kami penuhi masa senggangnya..

 

Kereta AtoZku bergerak

Meluncur laju tanpa bimbang

Meskipun tua tersentak-sentak

Namun rupanya masih seimbang.

 

– doa menaiki kenderaan dilupakan jangan-

 

shah alam

1 zulhijjah 1431

23:52

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s