~ keluarga tercinta =>

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Sesuatu bermain di benak fikiran, harus saya luahkan di sini.

Baru beberapa saat yang lalu abah pulang. X pasti…mungkin dari mesyuarat. Apa pun, saya doakan abah sentiasa selamat walau di mana sahaja beliau berada. Begitu juga ummi, yang x pernah doa saya terputus untuk mereka berdua. Moga mereka diberi kekuatan dan semangat dalam mengahrungi hidup yang makin meranjau lagi berliku ini.

Malam kian larut. Adik2 semua sudah lama dibuai lena, mungkin ada antara mereka yang kini asyik di alam mimpi atau pun lena tanpa gangguan. Melihat wajah yang bersih lagi polos, hati saya sebak dan sayu. Betapa selama ini saya begitu tidak prihatin dan sering marah pada mereka.

Masa untuk bermuhasabah.

Alhamdulillah…Allah al-Wadud masih memberi saya perasaan ini. Perasaan, rasa bersalah atas kesalahan yang telah dilakukan. Banyak kesilapan telah dilakukan, baik sengaja mahu pun sebaliknya. Tapi kebanyakannya memang disengajakan, emosi tidak dikawal, sentiasa ikut rasa hati, begitulah jadinya.

Sayang saya pada adik2 tidak berbelah bagi namun bukti kasih sangat jarang dipamerkan. Yang biasa hanya tengkingan sering terlontar, hanya arahan menjadi bahan. Alhamdulillah ya Allah…Kau beriku rasa ini, rasa ingin memperbaiki diri. Mudah2an masih berbaki lagi waktu bagiku memperbaikinya…

Terbayang wajah suci adik2 kecilku, amru, amilah, ataullah dan arifah. Hanya mereka yang masih di rumah, meniti manisnya zaman kanak2. Kadang2, terbit rasa kasihan yang tinggi melihat mereka membesar… Teringat zaman kanak2 saya dulu yang agak manis untuk dikenang. Heh. Moga adik2 saya ini juga begitu, punya memori manis yang boleh dikenang dan dirindu.

Sedikit kisah mengenai mereka:

Amru, 6 thn, PASTI al-Quds sek 19. Sangat petah, baik sebenarnya tapi sedikit malas. Tapi kalau betul cara galakannya memang menjadi Amru ni. Rajin, sebutan al-qurannya jelas, fikiran pun dah macam orang besar sebab selalu bergaul dgn kakak2 dan abang2.

Amilah, 8 thn, SRAI 19. Badannya halus je, geram. Bersuara nyaring, juga petah berkata2 dan suka memanjat belakang orang. Pantang nampak kakak2nya berdiri, sibuk dia peluk cepat2 dari belakang supaya dia terdokong sekali. Mengada la sikit tapi kalau kena masa marahnya, ha…takut semua orang. Tapi rajin, suruh basuh bilik air terus dia buat, upahnya dapat main komputer. Heh..

Ataullah, 10 thn, SRAI 19. Ni lagi petah, sangat suka berdebat, luas pengetahuannya, suka membaca. Teringat sorang kawan saya, Mastura, dia suka sangat dgn ataullah. Dan dia selalu tergelak sensorang bila mengingatkan ataullah yang nakal ni punya sikap suka membaca. Dia kagum. Moga tercapai impianmu Ataullah..

Arifah, 12 thn, SRAI 19. Dah jadi gadis sunti. Mungkin punya ramai peminat, dan mungkin juga tidak. Kata2nya juga berbaur matang kerana banyak bergaul dgn kami, kakak2 dan abang2nya. Lembut, sopan je, ckp pon perlahan. X byk ckp tp setiap tuturnya bisa membuatkan org laen tertawa. Bukannye suka melawak tapi ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Moga dia sentiasa memelihara maruah diri dan agama walau di mana saja berada.

Buat adik2ku yang selebihnya, adilah, allamah, abidah, afifah, alqamah, afiah dan asim. Sudah besar kalian ya.. Masing2 kini sudah ada yang baru berhenti kerja, belajar di SAMTTAJ, menuntut di UIA, DQ dan di Mesir. Moga hidup kalian sentiasa dipermudahkan, diberkati lagi dirahmatiNYA. Kakak sentiasa doakan kejayaan buat kalian semua… Carilah redha dan barakahNYA dalam apa jua yang dilakukan.

Ya Allah ya tuhan kami, engkau yang Maha Pelindung, lindungilah kami dari azab dan siksaMu. Meskipun dosa kami tidak terhitung namun dengan sifat ghafurMu, kami mohon padamu ampunkanlah dosa2 kami yang telah kami lakukan dengan sengaja mahu pun tidak. Ya Allah ya Rahman, ya Rahim…rahmatilah kami sekeluarga, tunjukilah kami jalan yang benar, jalan orang2 yang kau beri petunjuk dan bukan pula jalan orang2 yang kau murka dan bukan juga jalan mereka yang sesat..

– Rabbana atina fiddunya hasanah wa filakhirati hasanah waqina `azabannar –

 

Shah alam

26 zul qi’dah 1431

0:42am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s