~ sahabat ~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Hari itu kugembira melihat panggilan tidak berjawab darimu yang terpapar di skrin telefonbimbitku, disusuli selepas itu SMS juga darimu mnyuarakan rasa ketidak puasan hati kerana aku tidak menjawab panggilanmu. Maaf…aku bukan sengaja. Lantas selepas itu, aku membuat panggilan semula kepadamu. Lewat petang itu kau nyatakan hasrat sudi bertemu wajah denganku, hatiku berbunga ceria. Tidak sabar rasanya menunggu hari yang dijanji…

24/10/10: hari yang dijanji tiba. kau telah berjnji akan memberitahuku sebaik tiba di sini. aku terus menanti dengan setia. Alhamdulillah..penantianku berakhir petang itu. Lega hatiku mendengar suara ceriamu. Namun ia tidak lama, beberapa minit cuma, panggilan itu terputus tanpa kutahu puncanya. SMS kupanjat bertanyakan mengapa. Masih tiada huluran jawapan darimu. Lewat senja itu, kuhubungi nombormu. Risauku andai sesuatu kecelakaan menimpampamu. Juga tiada sambutan darimu. Apa yang telah berlaku sahabatku?

Sehingga ke saat dan ketika ini, setia kumenanti kunjungan balas SMS darimu. Doaku agar kau sentiasa sihat sejahtera, tenang bahagia walau tidak punya masa membalas SMSku. Moga ALLAH sentiasa merahmatimu… Sayang kamu kerana ALLAH.

 

Alangkah indahnya ukhuwwah

terjalinnya ia kerana ALLAH

disatukan hati digabungkan rasa

nikmatnya persaudaraan barakah dariNYA.


-“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).-

 

shah alam

24 Zulkaedah 1431

23:54

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s