~bersyuralah…~

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Hari ini tercipta lagi satu sejarah dalam hidup saya, sesuatu yang lama telah menjadi hak milik baru saya. Dalam usaha menjadikan ia milik saya, ramai orang telah saya susahkan.

Dua minggu lalu, saya dan afifah berjalan2 ke kedai kereta terpakai. Niat asal hanya mahu tengok2 saja dulu. Namun bila sampai di sana, hati saya tetiba tepaut pada sebuah kereta. Zahirnya tiada yang istimewa, usianya juga tua. Tanpa berfikir panjang, selepas bertanya serba sedikit, keputusan diambil dengan membayar rm200 sebagai tempahan. Sedikit penerangan: nilainya rm9500, dibuat tahun 1999, dan diguna pakai pada 2001, cash.

Antara sebab saya memilihnya dalam masa yang sangat singkat:

– tidak mahu terlibat dalam sebarang pinjaman yang banyak ‘bunga’nya.

– untuk mengelakkan proses pengurusan yang memakan masa (nak guna cepat).

– mengurangkan perebutan kenderaan abah dengan adik2.

– tidak larat mahu naik bas setiap hari.

– yang penting, tidak mahu susahkan abah mengambil kami pulang dari kerja sekiranya malas mahu naik bas.

Sebaik pulang ke rumah, baru otak saya berfikir ligat bagaimana mahu mendapatkan wang cash dalam masa yang singkat, sebab nak guna cepat. Tadi semasa membuat keputusan saya tidak terfikir akan payahnya mencari wang cash dalam jumlah yang banyak dan dalam tempoh yang terhad. Insan pertama yang terbayang untuk saya membuat rayuan pinjaman ialah ummi. Pelikkan…walhal ummi tidak kerja, tapi beliau punya wang untuk dipinjam.

Selepas menyatakan hasrat pada ummi, saya ‘dinasihati’ oleh beliau. Apa yang dapat saya kesan, beliau agak terkilan sebab saya tidak memilih untuk memiliki kereta baru, first hand.

Dipendekkan cerita, awal2 lagi ummi dengan jujur memberitahu hanya mampu membantu sebanyak rm5000, itu pun duit share dengan Allamah. Baki selebihnya, puas saya memerah otak bagaimana untuk memperolehinya. Dengan muka yang sangat tebal, saya beranikan diri meminta pinjam dari beberapa orang rakan, rm1000 sorang. Saya terlupa bahawa mereka itu semuanya bukanlah bergaji tinggi. Jadi hasilnya memang sangatlah mengecewakan… Namun saya tahu, sikap putus asa itu akan meyebabkan kita jauh dari rahmat ALLAH.

Saya tekad. Semua hutang mesti saya tuntut. Sebelum ni, saya sentiasa rasa serba salah setiap kali menuntut hutang, rasa seperti menyusahkan mereka, walhal itu memang hak saya. Dalam beberapa hutang yang dituntut, hanya satu sahaja yang selesai, yang lain masih tiada tindakan. Nampaknya saya harus memikirkan alternatif lain.

Duit dalam akaun memang tidak cukup, berbaki rm2000 tiada sumber. Pilihan terakhir adalah menyelongkar almari baju dan beg2. Tabiat saya dari dulu suka menyelitkan duit di celah2 buku, baju, dalam poket beg, dalam bekas2 kecil dan banyakah lagi. Sungguh tidak disangka, alhamdulillah…lebih rm1000 dapat dikumpulkan. Tetiba terjumpa duit dalam beg saya yang dipinjam Afifah, rm100 duit dia. Pun masih belum cukup, duit abah pula tepaksa menjadi mangsa, tapi tidaklah sebanyak ummi, sekadar rm200. Insya allah gaji pertama nanti, duit abah dan afifah akan saya kesemuanya.

Alhamdulillah ya Allah… Akhirnya, hasil usaha sama dari semua pihak yang terlibat, petang tadi saya telah membawa pulang Hyundai AtoZ ke rumah.  Sungguh pun begitu, saya ada rasa kurang seronok. Walau apa pun, ia telah berlaku. Apa yang diharapkan moga kereta itu tidak  membawa sebarang mudarat dan kerugian kepada saya dan orang lain.

Sebagai iktibar, janganlah terus membuat keputusan tanpa berbincang dengan orang yang sewajarnya terlebih dahulu. Redha ibu bapa sangat penting dalam apa jua keputusanyang ingin diputuskan. Saya tersilap, terlupa beristikharah terlebih dahulu. Namun, Allah sentiasa ada. Mohon padanya agar dihindarkan dari berlaku apa yang tidak diingini. Wallahu a’lamu bissawab..

-بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم-

sek 19, shah alam

10 zulkaedah 1431

9:34pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s