:: Ramadhan kareem! ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan tiba lagi… Ramadhan yg ke 26 seumur hidupku.

Kali ni  Ramadhan saya bersama keluarga sepenuhnya mengikut perancangan. Tapi perancangan hari ni bertukar. Saya punya temujanji dengan sahabat karib yang baru disusun semalam. Insya allah ptg ni kami iftar bersama slps lbh 5 thn bpisah mengikut haluan masing2. Serius saya sangat rindukan dia…

Saya juga rindukan suasana Ramadhan di UIA. Suasana ketika bertaraweh malam 1 ramadhan paling x boleh dilupa, masjid UIA melimpah dgn jemaah dari pelbagai bangsa dan negara. Sekali lihat seperti di masjidil haram. Tapi malam seterusnya saya biasa bertaraweh di surau musolla sahaja. M…pengalaman menjadi imam taraweh di musolla Asiah dan musolla di mahallah laen juga antara peristiwa Ramadhan yang perlu diingat.

Yang lebih best bile mengingatkan juadah berbuka n bersahur. Hanya beberapa biji kurma dan segelas air kosong untuk bersahur, badan kekal cergas dan perut berasa tenang. Untuk iftar, x perlu bersusah payah memikirkan makanan yang hendak dbeli dan tidak perlu juga mengeluarkan belanja. Semuanya telah tersedia di masjid. Jimat bajet… Alhamdulillah atas segala nikmat yang tidak semua insan dapat menikmatinya.

Namun Ramadhan tahun ni saya rasa agak sayu bila mengingatkan sesuatu. Mungkin ini Ramadhan terakhir saya bersama keluarga… dan tidak mustahil juga ia yang terakhir dalam hidup ini.

Moga Ramadhan kali ini tidak lagi saya biarkan ia berlalu seperti biasa…harus sesuatu yang di luar kebiasaan saya lakukan.

– باؤك اللهم لنا في شهر رمضان –


srai sek 7

3 ramadhan 1431

2:10pm


pss: SRAI ni dah tuka nama kepada SRAI Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin ( rasanya cmni la kot nama barunye).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s