keinginan

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah ats segala limpah rahmat dan kasih sayangNYA yang melimpah ruah, x terhitung dek kerana hebatnya bukti kasihNYA. ALLAHU AKBAR!

Masa bergerak pantas tanpa sempat untuk mengejarnya. Bak kata hujjatul islam as-syeikh al-imam al-Ghazali, benda yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu. Sedar x sedar dah hampir pertengahan Jun, rasa cam semalam je baru masuk tahun 2010. Dan juga sudah lebih sebulan saya bertukar kerjaya ke bidang pendidikan, menjadi guru mendidik anak bangsa.

Pernah dulu saya nyatakan hasrat tidak berkeinginan untuk menjadi guru. Namun kini itulah pilihan saya. Terimbas kembali memori silam di zaman kanak2, saya pernah bercita2 untuk menjadi pensyarah seperti abah. Terkenang pula kata2 seorang makcik penjual aiskrim buatan tangannya sendiri, menurutnya saya punya rupa seorang cikgu, dan dia turut menjangka itu masa depan saya. Perkara2 lepas yang punya kaitan dengan hal ini pasti akan menjengah di benak.

Teringat kata2 seorang motivator bahawasanya kita hari ini adalah hasil daripada apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Jadi bersedialah menerima apa saja akibatnya yang baik mahupun sebaliknya.


bilik baru, shah alam

29 jamadil akhir 1431

1:29am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s