cinta tanpa syarat

::BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM::

Alhamdulillah wa syukran lillah.. setelah sekian lama (walaupun tidaklah lama mana pun) laptop saya tidak dapat berfungsi sebagaimana yang sepatutnya, alhamdulillah kini ia kembali berfungsi.

Terbaca beberapa entry saifulislam.com yang menyentuh bab seperti tajuk di atas membuatkan saya rasa terpanggil untuk mengenang kembali bukti2 cinta itu.

Habis pengajian saya hujung November lalu, saya terus bermukim di rumah umi abah. Asrama tiada lagi tempat untuk saya. Benarlah perumpamaan hidup ini umpama roda, sekejap di atas, kadangkala di bawah. Saya orang pertama dalam keluarga yang keluar meninggalkan ke rumah dan menjadikan asrama sebagai rumah kedua semenjak berusia 13  hingga 25 tahun. Dan kini saya telah kembali semula ke rumah, manakala adik saya yang ke 10 sekarang hanya menunggu masa untuk keluar selepas UPSR nanti. Adik2 9 orang lain masih lagi di rumah kedua masing2, hanya saya baru tamat dan mungkin sementara sahaja di rumah ini sebelum bertukar ke rumah lain. Sedihnya menunggu saat2 itu…

Teringat dari dulu sehingga kini ummi masih lagi menyediakan sarapan untuk kami termasuk saya yang sudah bekerja ini. Ummi bangun lebih awal dari kami semata2 untuk menyediakan keperluan kami. Kemudian selepas itu abah pula mengambil tempat, menghantar saya ke tempat kerja yang kebetulan berdekatan dengan tempat kerjanya. Setiap hari rutin ini berlaku.

Ummi yang masih lagi membelanjakn duitnya apabila saya mahu membeli sebarang keperluan dan kehendak ketika poket saya kekeringan. Ummi yang bersusah payah memikirkan itu dan ini berkenaan dengan kami. Ummi yang  sering menangis bila rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Ummi yang setia mendengar setiap masalah kami. Bayangkan anak yang 12 orang ini, dengan masalahnya sendiri, masih sanggup untuk memberatkan fikirannya.

Abah, meskipun keberadaannya bersama kami kurang, meskipun masa yang diluangkan terhad, namun kehadirannya tetap kami rasa. Abah yang sehingga tuanya masih lagi membanting tulang mengerah keringat mencari pendapatan untuk menampung hidup kami.

Dan banyak lagi bukti kasih ummi abah yang tidak mampu diluahkan dengan kata2. Semuanya itu adalah bukti cinta mereka yang tiada syaratnya.

Ummi, abah…terima kasih tidak terhingga kami ucapkan. Moga kasih sayang yang kalian curahkan, pengorbanan yang kalian lakukan akan diganjariNya dengan sebaik2nya. Segala pembalasan yang kami sumbangkan masih tidak setimpal dengan apa yang telah kalian lakukan. Kami mengharapkan DIA yang akan membalasinya dengan istimewa sekali. Moga hidup kalian sentiasa dirahmati dan diredhainNYA. Bahagialah kalian INSYA ALLAH…


petaling jaya

9 rabiul awwal 1431

9:31

Leave a comment