Rindu terubat

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Kita hanya merancang, namun Allahlah yang mencaturkan segala. Mungkin perancangan yang dibuat sebelum ini kurang sempurna, lantas Allah gantikan dengan yang lebih sesuai dan baik.

Mengikut rancangan asal, hari ni saya akan mula kerja namun atas beberapa sebab, ia terpaksa ditunda ke minggu depan jika tiada aral. Majikan saya berpindah rumah, jadi minggu dia beliau sekeluarga sibuk memindahkn barangan kesemuanya. Disebabkn rancangan asal tergendala, saya kembali ke masjid negeri untuk mencuba nasib menyambung tugas sebagai fasi. Alhamdulillah tiada halangan.

Sebenarnya, minggu pertama saya cuti, saya telah berkhidmat sebagai fasi di sini untuk program Daurah Penghayatan Remaja yang berlangsung selama 4 minggu. Hanya minggu pertama sempat saya meluangkan masa bersama mereka kerana minggu kedua dan ketiga saya perlu ke UIA melunaskan hal2 yang belum dilangsaikan. Alhamdulillah selesai walaupun de beberapa perkara yang masih tersangkut. Dan minggu ni, yang ke4 sepatutnya minggu pertama saya bekerja. Namun seperti yang saya sebutkan di awal tadi, sebaik2 perancang dan penentu adalah ALLAH Taala.

Sungguhpun begitu, saya sedikit ralat kerana penglihatan saya masih belum jelas. Spek mata masih belum dapat dikesan di manakah hilangnya. Wajah adik2 ni x dapat saya perhatikan dengan terang. Walaubagaimanapun, yang penting hati saya tetap juga terhibur dengan telatah dan gelagat mereka. Yang paling mengharukan, merka masih ingat nama saya dan bertanya ke mana saya menghilang selama ini. Hu..tharu2. saya rindu untuk bertemu mereka dan rindu untuk berkongsi sesuatu.

Apa yang ingin saya kongsikan dengan mereka di sini ye???

Dari awal telah saya niatkan, setiap program yang saya sertai xkan saya sia2kan begitu sahaja. Merka ini generasi masa depan yang masih suci lagi naïf. Sekarang masih awal untuk saya mendidik dengan didikan yang sewajarnya. Meskipun tidak punya masa yang lama, insya Allah akan saya cuba semampunya. Kesedaran ini hanya berlaku selepas sudah beberapa kali saya hanya membiarkanyan berjalan tanpa sebarang erti. Hu..menyesalnya. Mudah2n amal saya ini ada nilai di sisiNYA, dan mampu jadi saham untuk saya nikmati selepas berpindah alam nanti… Insya ALLAH.

Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” – Sahih Muslim

Masjid Negeri Shah Alam

27 zulhijjah 1430

1431pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s