cuti

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Asar dah masuk, tinggal beberapa jam je lagi akan berakhirnya hari ni. Sekejap lagi masuk maghrib, pastu isya pulak, sambung gn teraweh.

Begitulah pantasnya masa berlalu meninggalkan kita tanpa memberi peluang sedikit pun untuk diminta tangguh. Semuanya brjalan mengikut ketetapan Allah Taala. Bukankah dia yang seberhak2 pembuat keputusan… dan Dia juga Yang Maha Tahu apa yang kita tahu juga tidak tahu.

Setakat saat ini, sudah tertunaikah target yang ingin dicapai untuk hari ini? Sudah berapa juz al quran sudah dibaca, sudah ditadabburi, sudah dihafaz? sudah terlaksanakah sunat2 rawatib qabliyah dan ba’diyah? sudah berinfakkah kita di jalan kebaikan? adakah hari ini pandangan mata terjaga? adakah pendengaran telinga terpelihara? Adakah tutur kata yang membuat orang laen terluka atau pun bahagia?

Jadikan bulan mulia ini sebagai medan untuk kita mentarbiyah diri, mendidik jiwa. Tekadkan azam untuk menjadi insan yang lebih baek dari sebelumnya. Moga madrasah Ramadhan ini mampu kita ambil sebanyak2nya faedah dan ganjaran darinya.

Pejam celik, celik pejam, pap… dah nak hampir ke penghujung Ramadhan. Di UIA pun dah mula cuti hari ini. Asrama sudah semakin sunyi, bunyi derap kaki sudah hampir tiada, ampaian baju sudah tiada jemuran di atasnya, bilik2 sebelah sudah tiada bunyi dibuka dan ditutup, ni sume tanda penghuninya sudah sangat ramai yang bercuti untuk pulang beraya.

Saya juga mahu pulang seperti mereka, berseronok bergembira bersama keluarga, menikmati juadah air tangan bonda, menyakat mengusik mendengar gelak tawa saudara. Namun kerja2 yang belum terlunas menyekat keingingan, menghalang harapan, membantutkan impian.

Pasti sekali, umi abah dan adek2 menanti kepulangan kami. Meskipun setiap minggu kami bertemu, ia masih tidak mengurangkan rasa rindu.

menatap wajah umi, pahala… memandang wajah abah, bahagia… memandang adek2, rasa nak bergaduh je.. heh. Biasalah adek beradek saling sakat mnyakat, usik mengusik.. selagi belum timbul suara raungan, bermakna usikan dan sakatan tadi belum berhasil.

Isya Allah jika tiada aral terus melintang, saya pasti muncul di muka pintu Isnin nanti. Tunggu ye..

alangkah indah hidup ini

hidup bersama Ilahi

kehendak Allah difahami

insya allah diganjari

Terngiang2 suara almarhum ust. Asri Ibrahim mengalunkan lagu ni. Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Ameen…


mahallah asiah, gombak

21 ramadhan 2009

[fasa terakhir ramadhan: lipatgandakan amalan dalam mencari lailatul qadr]

5:57pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s