Siramlah hati…

::BISMILLAIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah saya telah selamat sampai ke bilik, pulang dari bermabit di musolla asma malam tadi.

Perjalanan pulang sebentar tadi sangat menenangkan. Sunyi dan tenang dari sebarang bunyi. Juga sepi tanpa kesibukan laluan ramai. Mungkin masing2 masih sibuk menyambung tidur yang terganggu dek bersahur pagi tadi. Atau pun wirid pagi yang masih belum sudah. Suansana pagi ini membuatkan saya teringat bait lagu munsyid Amar:

Langit masih belum cerah

Nampakkan seri pudar suasana…

Musolla Asma yang baru saya tinggalkan masih berpenghuni ketika ini. Teman seakhawat masih di sana, meneruskan tadarus selepas tazkirah. Saya berpamitan dulu kerana ingin pulang ke rumah awal pagi ini.

Alhamdulillah hati saya kembali ceria selepas mendengar tazkirah halwa telinga pengubat jiwa yang disampaikan nisa tadi. Ia bagai baru disimbah dengan air dan baja, yang mampu menyegarkan hati yang layu. Sekali lagi Alhamdulillah yang x terhingga atas kekuatan yang Maha Penyayang berikan supaya saya berkumpul di sana malam tadi.

Insya allah jam 2 petang sok ada `jejak sirah Ramadhan’ anjuran ikhwah. Saya harus pergi… ia peluang yang tidak datang sentiasa. Mungkin untuk membaca sendiri kisah2 sirah ini tidak tahu bila. Jadi elok sangatlah jika hanya menggunakan telinga untuk mendengar, tanpa perlu membaca sendiri. He2…nilah ulasan orang yang x rajin macam saya.

Ssesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Ini janji Allah yang termaktub dalam kitabNya. Marilah sama2 kita suburkan jiwa dengan pengisian yang sepatutnya. Hati dan jiwa juga perlukan makanan, jangan biarkan ia terus layu dan mati dengan sia2. Wallahu a’lam..

 

Mahallah Asiah, Gombak

15 ramadhan 1430h

7:40am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s