Kenangan Ramadhan

 

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah…bertemu lagi ramadhan yang kesekian kalinya, tahun 1430h.

Sayunya hati bila mengenangkan tahun depan mungkin tidak lagi dapat menikmati Ramadhan di UIA memandangkan tempoh pengajian degree saya bakal tamat hujung sem ni. Namun hati terasa lebih sayu bila membayangkan tiada lagi kesempatan bertemu Ramadhan di mana2 pun selepas roh dijemput kembali ke hadrat Ilahi. Mudah2an Ramadhan kali ini tidak akan saya sia2kan walau sesaat kerana peluang untuk bertemunya lagi bukanlah di bawah taklukan makhluk.

Saban Ramadhan, saya pasti tidak melepaskan peluang untuk berifthar dan bertaraweh di masjid UIA meskipun tidak setiap hari. Sehinggakan fenomena sewaktu setiap kali berbuka cukup saya hafal dan akan sentiasa dikenang. Rutin ini memang sama dari mula2 saya berpuasa di sini sehingga ke tahun akhir. Kalau dulu, nk dapatkan makanan kena beratur dulu. Tapi sekarang dh berubah, komiti/sukarelawan akan susun makanan siap2 kt tempat makan. So kami duduk jela, x yah rebut2 cam dulu lagi. Lepas masing2 dh amik tempat duduk, maka bermula la episod kebisingan suara. Tapi sebaik saja azan berkumandang, kebisingan tadi akan berhenti serta merta, sunyi buat seketika. Kemudian disambung dengan bunyi ktak ktuk yang akan bersahutan dalam jangka masa 10-15 minit, bunyi bekas makanan dibuka. Irama yang sangat menarek =)

Suasana taraweh juga sangat mengagumkan. Malam pertama, seperti mana di tempat lain, makmum melimpah memenuhi ruang. Yang paling ketara adalah makmum international. Kalo dulu lagi ramai sbb dorang akan berkampung di masjid setiap kali menjelang Ramadhan. Jadi segala mcm barang, anak beranak sume brkumpul di sini. Tapi skg, situasi tu dah dicegah dengan larangan tidur di masjid. Walaubagaimana pun secara jujurnya, suasana Ramadhan dulu di masjid ni jauh lebih seronok dari sekarang.

 

Hari ni dh 8 Ramadhan, dh nk abes 10 hari yang pertama. Apa yang telah dicapai dlm tempoh masa ni? Dan apa pula yang ingin dikejar dan direbut sepanjang tempoh yang akan datang? Janganlah disia2kan peluang yang sudah ditawarkan pada kita, yang mana tawaran ini tidak datang pada buan laen. Mudah2an kita termasuk antara hamba yang beroleh rahmatNya, maghfirahNya dan pembebasan dari api neraka. Juga berpluang bertemu lailatul qadr. Anjuran doa agar dpertemukan dgn malam yang mulia ini اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا .

Wallahu a’lam…

 

8 Ramadhan 1430h

Mahallah Asiah, Gombak

1:43pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s