keberangkatan

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Kelmarin, selasa, 2/9, 12 ramadhan – Adik lelaki pertama saya telah berangkat ke Mesir jam 1130am.

Demi untuk menghantar dia, kami sekeluarga telah sanggup bersesak2 di dalam satu unser seramai 14 orang. Awalnya cadang guna 2 kereta tapi memikirkan mungkin dari kalangan kami nanti akan ada yang pulang ke ipt masing2 dari KLIA, maka cadangan tadi dibatalkan serta merta. Jadi untuk sementara waktu kami terpaksa berhempas pulas mempertahankan tempat duduk masing2.

Demi untuk menghantar dia juga, kami telah sanggup ponteng kelas.

Demi untuk menghantar dia, kami sanggup pulang rumah hari sebelumnya selepas waktu kelas meskipun ketika sampai malam sudah agak larut.

Harapan kami terutama umi dan abah, belajarlah bersungguh2. Timbalah sebanyak2nya ilmu dan pengalaman hidup di rantau orang. Pulanglah nanti sebagai insan yang sangat berguna kepada keluarga, agama, masyarakat dan bangsa. 

Ingat pesanan kawan akak tu, elakkan dari terkena penyakit kejutan budaya. Pilihlah kawan yang betul, tersilap langkah buruk padahnya. Berjimat cermat la. Jangan tau nak sedap je. Belajar hidup susah walaupun kita memang tak senang pun.

 

-nikmati alam sambil bertadabbur-

 

taman ilmu dan budi, gombak

14 ramadhan 1430h

2:38pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s