ramadhan kareem!

salam ramadhan 1

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillah wa syukran lilllah…

memang dah agk terlewat tapi masih sempat utk mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia ini.

Camne gn amalan kita pada Ramadhan kali ini? adakah makin meningkat atau pun merudum? atau pun maitain…tiada perubahan? oh,jgn begitu.. buatkan ia meningkat. jika biasanya kita hanya menunaikan solat fardhu, tapi bulan ni kita cuba amalkan solat sunat rawatib. jika bulan laen kita mengaji 1 m/s je shari, tapi gandakan kali ni kepada 1 juz. demikian juga dengan ibadah2 sunat yg laen spt zikir, bsedeqah dll…

namun, dalam sibuk mengejar ganjaran dengan amalan2 sunat tadi, janganlah dialpakan langsung tugas harian kita. puasa tetap puasa, ibadah laen juga seiring, kerja atau tugasan harian biasa tetap berjalan. jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan tanggungjawab yang telah dipikul. zaman rasulullah saw sendiri, baginda dan sahabat laen tetap juga pergi berperang ketika berpuasa. ini menunjukkan sumber kekuatan fizikal bukan terletak pada makanan. kita perlu yakin bahawa bukanlah kepada makanan dan minuman yang kte bergantung untuk terus hidup, tetapi sebenarnya pergantungan tersebut adalah ke atas sang pemberi/penumbuh makanan itu sendiri iaitu Allah Azza wa Jalla.

demikian juga dengan tingkah laku dan tutur kata yang perlu diambil kira agar tidak mencemari puasa. daripada membincangkan perkara yang tiada hala tuju mahu pon membawa manfaat, elok sangatlah sekiranya diubah kepada perkara2 yang mengingatkan kita kepada Allah Rabbul Jalil. ataupun merenung sejenak keajaiban penciptaan alam semesta ni. sebenarnya, dengan banyak mentadabbur alam atau pun mana2 ciptaanNya, mampu membuatkan keimanan kita kepadaNya makin bertambah.

cuba bandingkan antara thumbdrive dan biji rambutan, mana yang lebih hebat ciptaannya? kalo ikut secara mata kasar, memang thumbdrive kelihatan hebat, dengan kemampuannya menyimpan data2, yang manusia rata2 memerlukannya. namun, jika diteliti dengan sedikit teliti, dengan jelas sekali sekali terus terzahir akan kehebatan biji rambutan berbanding thumdrive. bagaimanakah kehebatannya itu? anda tadabbur la sndri…

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

selamat mengejar lailatul qadr…=)

wallahu a’lam…


shah alam

10 Ramadhan 1430h

2:19pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s