Bai`ul `inah & Al tawarruq

:: BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ::

Kelas hari ni cume satu je bermula 11am-1150am, subjek al masrafi wa aswaqul maliah. Walaupun x sampai sejam, macam2 ilmu yang sempat pensyarah kami, Ustaz Azman Noor kongsikan.

Tadi ustaz terangkan pasal beberapa cara pinjaman yang dilakukan oleh bank2 islam. Mereka tidak mnyediakan pinjaman biasa (القرض) kerana ia akan menyebabkan riba. Untuk mengelakkan riba dan dalam masa yang sama memperoleh keuntungan, mereka meyediakan pembiayaan (التسهيل/ التمويل) antaranya bai`ul `inah (بيع العينة) dan al tawarruq (التَوَرُّق).

Bai`ul `Inah –

  • Melibatkan 2 pihak.
  • Caranya: Encik Ahmad ingin membuat pinjaman dari bank islam, maka pihak bank akan menjual satu barang brharga RM4000 kepada En. Ahmad secara hutang. Tetapi beliau bukan mahukan barang sebaliknya wang. Selepas itu, barang tadi dijual semula kepada pihak bank. Dan pihak bank akan membeli secara cash tetapi dengan harga yang lebih murah dari harga asal RM3000. Dengan ini, En. Ahmad dapat duit dan pihak bank dapt untung RM1000 selepas En. Ahmad melangsaikan hutangnya nanti.

Al Tawarruq – menduit (men`cash’kan) barang.

  • Melibatkan 3 pihak – bank, En. Ahmad, pihak ke3.
  • Caranya: Seperti `Inah, En. Ahmad membeli barang dari bank dan menjualnya semula kepada pihak ketiga dengan harga yang lebih murah secara cash. Bentuknya lebih kurang dengan `Inah tetapi melibatkan 3 pihak. Maknanya, barang tadi tidak dijual semula kepada bank tetapi dijual kepada pihak ke3.

Wallahu a`lam…=)

 

Asiah, Taman Ilmu dan Budi, Gombak.

22 Sya`ban 1430h

4 thoughts on “Bai`ul `inah & Al tawarruq

  1. tq for sharing. cume nak tnye yg pasal bai al inah.
    bank jual pd En Ahmad dgn hrge 4000. then En Ahmad jual semula pd bank tp harge lebih murah iaitu 3000. so, mcm mne yg dikatakan bank dpt untung 1000 lepas An Ahmad byr langsaikan hutang ek??? ade hutang ke antara En Ahmad dan bank sedangkan bank dah bayar secara cash. so, hutang ape ye?

  2. sama2. malu plak nk btau… sori sgt dh x bpe ingt tajuk ni. dh lm tinggal. blh gk rujuk buku ust zaharuddin tp tajuk nye lupe plak.

  3. Assalamualaykum, Mieza

    Harga yang dijual sebanyak RM4000 tersebut adalah di atas terma tangguh. Makna kata, Encik Ahmad menjual semula dengan harga RM3000 secara tunai (kerana beliau memerlukan pembiayaan).

    Alhasil, jumlah pembiayaan yang harus Encik Ahmad langsaikan kepada pihak bank berjumlah RM4000 dan bukannya RM3000. Beza di antara dua harga tersebut merupakan keuntungan bagi pihak bank.

Leave a comment