Antara pinjaman (القرض) dan simpanan (الوديعة)

::BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM::

Spatutnya bab ni saya bincangkan dulu sblm masuk بيع العينة  dan التورُّق. Tapi terlupa, skg baru teringat. Bab ni adalah asas kepada bab2 yang akan dibincangkan selepas ini, bkaitan dengan perbankan.

Skdr ringkasan apa yang dpelajari dr ustaz Azman Noor, pensyarah subjek al masrafi wa aswaqul maliyyah.

PINJAMAN (القرض)

  • Menurut kitab al-insaf: Pinjaman ialah memberi sesuatu kepada orang laen untuk dia memanfaatkannya, dan dipulangkan kembali dalam jumlah/ benda yang sama.
  • Antara ciri2 pinjaman: kena pulangkan sepertinya, x bleh lebih  dan x boleh kurang walaupun masa bayar balik nilai benda tu dah naek atau pon turun.
  • Pinjaman wajib dipulangkan.
  • Hukumnya jaez, boleh.
  • Istilah: Peminjam (المقترض) dan pemiutang/ pemberi pinjaman (المُقْرِض).

SIMPANAN (الوديعة)

  • Al-mughni: Manusia memang memerlukan tempat untuk simpan harta sebab nak kalo simpan sendiri semuanya memang susah. Jadi ulama’ sepakat membolehkan (jawaz) perkara ni.
  • Sumber yang sama (al-mughni): Penyimpan (المودِع) boleh mintak balik simpanannya bila2 masa yang dikehendaki dan orang yang tolong simpan (المستودع) hendaklah memulangkan waktu itu juga. Begitu juga kalau orang yang tolong simpan pulangkan balik simpanan yang ada pada dia, maka penyimpan kena terima. المستودع  hanya tolong simpan, dan x pe je kalo dia dah x nak simpankan pada masa datang.
  • Simpanan adalah amanah. Jika berlaku sesuatu yang merosakkan simpanan bukan disebabkan oleh org yang tolong simpan, maka dia xperlu mengganti. Sebab dia hanya semata2 menjaga amanah. Melaenkan jika simpanan tersebut rosak disebabkan oleh dia, maka wajiblah dia menggantikannya.

Perbezaan antara pinjaman dan simpanan:

Pinjaman (القرض)

Simpanan (الوديعة)

Wajib bayar balik (عقد الضمان) Sekadar menjaga amanah (عقد الأمانة)
Peminjam boleh memanfaatkan sume dari hasil pinjaman. X mendapat apa2 manfaat, semata2 simpankan.
Wajib gantikan yang sama banyak spertinya walaupun nilai masa gantikan dah naek atau turun. Wajib pulangkan benda yang sama, bukan gantikan dgn benda yang laen.

 

Wallahu a’lam…mudah2n memberi manfaat pada diri sendiri dan orang laen.

Taman Ilmu dan Budi, Gombak

24 Sya`ban 1430h

3:56pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s