sabtu yang berliku

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

sabtu lepas, cadang nak gi Mydin beli barang. tapi sblm tu umi suruh gi SAMTTAJ shah alam dulu, tandatangan report card alqamah, asim dan afiah. tapi..sekali lagi sebelum tu, umi suruh gi masjid fastabiqul khairat dulu utk hantar duit persediaan baki pada abah yang sedang meniaga kt sana.

sebaik menyampaikan barang pesanan pada abah, destinasi kedua kami tujui. kami = saya, afifah dan amru. elok je sampai, afiah terus meluru ke arah kami. rupe2nye kedatangan kami telah afiah sedari sejak kereta memasuki perkarangan sekolah. tanpa melengahkan masa, kelas afiah yg mula2 dituju. alhamdulillah…keputusan afiah utk pertengahn tahun ni agak baik. hujung tahun ni dia PMR, moga segalanya dpermudahknNya.

next, alqamah. batang hidungnya tak muncul2 dari sebelum kami bertemu guru kelasnya sehingga tamat pertemuan tersebut. sedih…sgt tidak memuaskan. tapi akk yakin, alqamah mampu perbaiki sebenarnya. masih de masa untuk SPM tahun depan. ust. mahathir b. Ngojar, tak disangka ustaz saya di MARTAH dulu kini bertukar menjadi guru adik2 saya pula di sini. terima kasih ustaz…bemula saya sehingga asim, ustaz dah ajar 7/12 dari kami seadik beradek. terharu, saya masih ustaz kenal…moga ustaz dbrkatiNya sepanjang hidup.

sambung, asim. dengan sengihan melebar, asim mengajak kami penuh teruja berjumpa guru kelasnya. sangat sedih  hasilnya…tapi asim masih setia dgn kelebaran sengihannya. cikgu beritahu, asim sebenarnya belum sedar dia dah masuk alam remaja yang melangkau keluar dari zaman kanak2nya. xpe, perjalanan masih jauh…jangan disiakn selepas ini.

urusan kami di SAMTTAJ telah selesai sebetulnya. namun gerai2 jualan pelajar menarek kami untuk tidak terus pulang.

beberapa minit sebelum zohor, kami berkejar kembali ke masjid. menggantikan abah yang mahu pulang ke rumah, menunaikan tanggungjawab sebagai imam 1 di masjid al ubudiyyah sek 19. hasrat asal ke mydin terus bertangguh…

janji abah sebagaimana biasa, akan kembali ke situ selepas zohor. jemaah fastabiqul khairat sudah memulakan  acara ceramah haji sesi petang, namun kancil abah masih belum muncul. kami menunggu…dan terus menunggu…oh, mujo amru sudah disuruh pulang dengan abah tadi. seandainya masih di situ, pasti kesabaran kami hampir ke puncaknya…(amru suka buat perangai, almaklum baru 5 tahun).

jam 330, janji ditunaikan slps zohor sblm asar…ya kancil muncul namun hanya allamah yang diturunkan.  abah mengarah ke tempat lain, rumah barangkali.

kami mula bgerak ke mydin tanpa amru dan allamah dgn membawa hati yg agak membengkak kerana jam 4 kami harus berada di situ. bermakna hanya setengah jam?

penjelajahan di mydin bermula…

ia berakhir selepas setengah jam azan asar berkumandang. he2, kami telah melepasi batas…

asar ditunaikan di fastabiqul khairat. dan urusan allamah kami bantu semampunya…

abah muncul sebaik tiba masa untuk mengemaskan semula barang2 jualan, ketibaan yang tepat.

kami kelaparan. alhamdulillah…petang itu lunch kami sangat menyelera dan mengenyangkan.

saya lupa, ia sempena ulangtahun kelahiran umi yg ke 45.

berakhir sudah sabtu itu…=)

1:50 am

14 rejab 1430

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s