Sembuhkan abah…

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah wa na’uzubika min ahlinnar

Selasa sblm ni abah diserang sakit perut mengejut slps mkn beberapa ulas cempedak pmberian jiran. Diikuti muntah bkali2. Esoknya badan abah lemah hinggakan mahu ke tandas perlu dipapah. 

Ummi dan adik2 yang ada masa kejadian bawa abah ke hospital berdekatan…yg plg dkt kpj. Jd di situlah abah ditempatkan. Doktor sahkan abah diserang minor stoke bhgn otak kiri. Kesannya abah lumpuh sparuh badan belah kanan dari bwh pinggang hingga ke hujung kaki. Bukanlah lumpuh penuh cuma kebas sntiasa rasa cam x bfungsi. Boleh gerak tapi rasa cam x bgerak. X faham? Buat2 faham sudahlah. Belah atas masih blh gerak wlu terbatas dan masih punya deria sentuhan.

Budak ni yang tidur kat wad tok abah

Budak ni yang tidur kat wad tok abah

Bermula hari itu maka berkampunglah ummi di situ. Semalam kami sekeluarga (mana2 yang ada) bbuka bsama abah di bilik abah.

Eidul fitri yg kian menjelang mmbuatkan hati saya sebak melihat ketidak upayaan abah.

Ya Allah yang Maha Berkuasa sihatkanlah abah yang sangat kami sayangi. Meskipun Engkau lagi Maha Penyayang kepada hamba2mu berilah kami peluang untuk bersama abah lagi di dunia ini. 

Moga terampun dosa2 abah dengan ujian yang sedang menimpa beliau.

 

 

Sembuhkan abah…

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah wa na’uzubika min ahlinnar

Selasa sblm ni abah diserang sakit perut mengejut slps mkn beberapa ulas cempedak pmberian jiran. Diikuti muntah bkali2. Esoknya badan abah lemah hinggakan mahu ke tandas perlu dipapah. 

Ummi dan adik2 yang ada masa kejadian bawa abah ke hospital berdekatan…yg plg dkt kpj. Jd di situlah abah ditempatkan. Doktor sahkan abah diserang minor stoke bhgn otak kiri. Kesannya abah lumpuh sparuh badan belah kanan dari bwh pinggang hingga ke hujung kaki. Bukanlah lumpuh penuh cuma kebas sntiasa rasa cam x bfungsi. Boleh gerak tapi rasa cam x bgerak. X faham? Buat2 faham sudahlah. Belah atas masih blh gerak wlu terbatas dan masih punya deria sentuhan.

Budak ni yang tidur kat wad tok abah

Budak ni yang tidur kat wad tok abah

Bermula hari itu maka berkampunglah ummi di situ. Semalam kami sekeluarga (mana2 yang ada) bbuka bsama abah di bilik abah.

Eidul fitri yg kian menjelang mmbuatkan hati saya sebak melihat ketidak upayaan abah.

Ya Allah yang Maha Berkuasa sihatkanlah abah yang sangat kami sayangi. Meskipun Engkau lagi Maha Penyayang kepada hamba2mu berilah kami peluang untuk bersama abah lagi di dunia ini. 

Moga terampun dosa2 abah dengan ujian yang sedang menimpa beliau.

 

 

sumayyah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhmdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah

Hari ni 27 ramadhan 1435 bsamaan dgn usia sumayyah anak kedua kami. Dilahirkan saat sayup2 suara azan subuh 1 ramadhan 1435 kedengaran. Subhanallah mmg anak ramadhan tp nm bpknya bkn ramadhan eh..jgn tsalah sgka pulak.

20140706_073219

Ni masa 5 hari. Rambut blm cukur lg

Anakku kuning

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillahi wakafa Atas segala ni’mah dan rahmahNYA.

Hari ni 20 ramadhan 1435. Maka genaplah usia Sumayyah 20 hari.

Nurse desa datang tadi dan timbang berat…alhamdulillah bertambah jadi 4kg. Sebaik keluar dari hospital tempoh hari esoknya nurse datang cek. Diorang suruh bawa g klinik petang tu tapi disebabkan ada masalah sikit rerpaksa tunda 2 hari.

Kali pertama bacaan darah 238. Kali kedua cek esoknya turun sikit 229. Kali ketiga 200. Keempat baru semalam cek dah turun 170. Alhamdulillah makin menurun. Kami g klinik ikut suka bila free. Kali pertama dan kedua ikut la sbagaimana yang diarahkan. Kali ketiga dan keempat g klinik semata2 untuk cek darah malas nak menunggu jumpa doktor. Maklumla klinik kerajaan.

Menurut bacaan saya dalam grup gnrm, baby kuning ni ubatnya susu ibu je. Makanan atau pun minuman yang disarankan oleh petua mana untuk kurangkan kuning sepatutnya ibu yang ambil bukan beri terus pada baby. Kesian kat baby usus belum matang lagi dah diberi susu kambing la anggur hitam la dll lg. Kesannya akan datang masa dia dah besar.

Jadi usaha saya minum air madu, minyak habbatussawda, minyak zaitun, makan kurma, minum susu kambing. Guna yang ada kat rumah je. Susu kambing pun yang x asli serbuk higoat. Yang sebetulnya minum susu kambing segar. Ada orang kata dalam pantang x boleh minum madu tapi saya tawakkal je. Daripada minum makan benda ntah apa2 baik minum madu.

Sumayyah dah bunyi…ok la sambung lain kali.

Rawang

Rumahku Syurgaku

20 Ramadhan 1435

demam mengejut

::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Alhamdulillahi rabbil `alamina `ala kulli ni’mah wa na`uzubika min ashabinnar..

Alhamdulillah kesyukuran tidak terhingga dirafa’kan ke hadratNYA. Rabu baru ni saya kejutkan Abdul Basit dari tidurnya yang kelihatan tidak lena. Menonggeng ketika sedang tidur menunjukkan ketidak selesaan yang sedang dirasainya. Badannya panas tetapi kaki dan tangannya sejuk. Saya mula bimbang. Lagi beberapa minit pengasuh akan datang mengambilnya jam 11 pagi. Saya terus mandikan takut terlewat. Usai mandi Abdul Basit menggeletar dengan ketara. Saya lap badannya dan mmeluknya erat untuk panaskan badan. k.ida sampai di hadapan pintu ketika Abdul Basit sedang bersiap.

Oleh kerana k.Ida ada banyak pengalaman daripada 6 orang anak saya tanyakan pendapat beliau tentang tahap kepanasan Abdul Basit. Beliau terkejut dan menggesa saya membawa anak ke klinik dgn segera. Agak kalut..kol 1230 nak kena pergi sekolah tetapi kerja2 rumah belum selesai. Sementara saya bersiap untuk membawa anak ke klinik, k.ida bawa Abdul basit pulang dulu ke rumahnya untuk dilap2 bagi mengurangkn tahap kepanasan badannya. Abdul Basit nampak lemah tetapi tetap juga mahu bercakap dan bermain.

Hampir jam 12 saya ambil Abdul Basit dan terus membawanya ke klinik bersama bekal makanan yang dia tak lalu makan di rumah k.ida tadi dgn sbotol air kosong. Sebelum bertolak sempat hantar sms pada PK Petang saya amik CRK hari tu. Di klinik, sebelum sempat tunggu giliran berjumpa doktor, Abdul basit tetiba berselera makan bekalan tadi sehingga habis, air kosong juga. Suhu panas badan pun makin berkurang. Akhirnya tiba giliran kami bertemu doktor.

Doktor memriksa suhu badan dan melihat ke dalam mulut Abdul Basit. Disahkan demam sikit dan ada tonsil baru mahu mula. Sebelum doktor memberitahu ubat yang perlu dberi, saya dengan segera meminta izin tidak mahukan ubat, saya sekadar mahu doktor memeriksa anak saja. Doktor terdiam sebentar. Kemudian bertanya, abes kalau x bagi ubat cmne nak rawat? Saya beritahu, bagi madu, mandikan dengan cuka epal, sapu minyak bawang putih. Beliau bertanya, itu je? Saya x pasti soalannya memang mahu tahu atau pun penuh kesinisan. Saya jawab nak cuba dulu cara alami, kalau masih x berkurang saya akan datang lagi untuk beli ubat. Beliau mengangguk dan berkata, kami memang sarankan makan ubat sebab boleh hilangkan demam dan rawat tonsil sebab kalau dibiarkan tonsil ni boleh merebak menjadi radang. Saya angguk tanda faham. Kemudian beliau menyambung, x pelah..kami akan tulis dalam report puan x nak terima rawatan…itu saja. Terima kasih doktor..dan kami keluar.

Kos bertemu doktor hanya rm3…alhmdulillah x perlu membazir beli ubat. Saya cuba untuk elakkan anak dari makan ubat2 hospital yang mempunyai kesan sampingan terutamanya antibiotik. Biarlah antibodi dalam badannya melawan virus yang datang menyerang. Moga Allah memudahkan segala urusan kami.

Balik dari klinik, petangnya saya bawa Abdul basit pergi berurut. Tukang urut cadangkan bagi makan betik untuk rawat tonsil dan lumurkan badan serta kepala dengan minyak but2 jika suhu badannya masih tinggi.

Malamnya sebelum tidur saya lumurkn kepala, tulang belakang dan tapak kaki dengan minyak but2, sarungkan stoking. Ingat nak letak minyak bawang putih kat tapak kaki dan badan tapi malas pulak nak membakar bawang. Cuma letakkan potongan bawang besar dan bawang putih di sebelah tempat tidur. Menjelang tengah malam anakku sering bergerak2, berpusing2, bergolek2 menandakan tidak selesa di samping terasa bahang di kepala dan badannya. Lantas saya lumurkan minyak but2. Begitulah setiap kali saya terjaga mestilah saya lumurkan minyak but2 ke badan dan kepalanya. Rasa x sabar menanti tiba waktu subuh supaya boleh saya mandikn dgn cuka epal.

Sambung kemudian…nak siap g sekolah..

21 minggu kali kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah walhamdulillah walaailaha illah wallahu akbar wala hawla wala quwwata illa billahil `aliyyil `azhim

Kali terakhir blog ni saya sentuh ketika sedang dalam pantang selepas melahirkan Abdul Basit. Belum sempat pantang berakhir, saya dan rakan-rakan seangkatan dipanggil untuk melaporkan diri sebagai guru interim di waktu hujung tahun kian hampir.

Perasaan saya ketika itu sangat berbelah bahagi sama ada tolak panggilan dan boleh fokus kepada bayi atau pun terima tetapi Abdul Basit terpaksa ditinggalkan. Atas nasihat zauji, ummi dan insan2 berjasa yang lain saya terima dengan hati yang bagai ditindih batu besar. Hari pertama berjauhan dengan Abdul Basit susu tumpah mengeras di tudung, bengkak. Dan bermula juga episod saya memandu sendiri Rawang – Shah Alam disebabkan zauji yang bekerja di Banting tidak dapat membantu menghantar. Alhamdulillah guru besar sangat prihatin, saya diberi izin tidak perlu menaiki tangga ke kelas, bahkan murid2 yang perlu bertemu saya di kelas bawah. Dan lagi yang best, cuti bersalin saya masih belum luak kerana bersalin sebelum posting.

Kini sedang berbadan dua anak kedua. Situasi berbeza dengan sebelum ni yang mana mengandung ketika sedang menghadapi praktikum, zauji pula tidak tinggal bersama, banyak perkara saya laluinya sendiri..berdikari. Alhamdulillah sekarang kami sudah tinggal bersama. Zauji berkorban dengan berhenti dari sekolah lama dan mendaftar menjadi pelatih jQAF. M..kira beliau junior saya la..dh la belajar di maktab yang sama dengan saya dulu..(tapi beliau tak nak mengaku..ho2). Sekolah beliau sekarang tidaklah sedekat saya, perlu juga meredah perjalanan selama 45 minit dengan motor, tapi tidaklah sejauh sekolah lama beliau. Sekolah saya tak sampai 10 minit pun. Jazakallah ya zauji sebab beralah…=)

Mengandung dulu tangan kebas sampai bersalin tapi x ingat mulanya masa minggu ke berapa. Kali ni tangan kebas kalo tidur mengiring ke kiri. Nak hilangkan rasa kebas ni makan masa sejam gak..pun xdelah rasa bebas kebas sepenuhnya.

Setakat ni saya masih belum mula makan ubat2 klinik yang 4 jenis tu (vit c, vit b, ferrous fumarate dan folic acid)..banyak. Dulu obimin je..pun mula makan lepas saya disahkan hb rendah masa bulan kelima lebih kurang..x ingat dah. Ingat kalau boleh nak makan yang asli dulu cam kurma, kismis, badam, sayur2 hijau, susu kambing dan pape lagi yang sesuai. Buat masa ni hb saya masih cantik. Buku pink dulu dah hilang..ntah letak celah mana..asyik pindah rumah je sebelum ni.

Abdul Basit sudah 1 tahun 4 bulan. Dah boleh macam2 juga. Moga jadi anak soleh yang bertaqwa kepada Allah, cerdik, pintar, cergas dan bermanfaat. Moga jadi abang yang penyayang ye sayang..

2014-02-15 20.16.23

2014-02-15 09.37.05

2014-02-15 09.40.382014-02-14 07.52.22

Abdul Basit sekitar 5 bulan

 

 

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

– Sudah boleh berjalan-jalan dengan berundur-undur secara meniarap menggunakan kekuatan tangan.

– Suka angkat tangan dan kaki dan gerakkan kedua2nya selaju  yang boleh.

– Selalu geleng2kan kelapa, angguk x reti lagi.

– Suka menggigit dan menghisap. Jumpa apa saja sume masuk mulut.

– Minuman: Susu ibu dan air madu. makanan: bijirin keluaran Era Edar 1x shari.